Saturday, 16 February 2013

Pisang

Assalamualaikum


Pisang lemak manis kesukaan ramai
Pisang oo pisang. Apa ada dengan pisang? Saya baru je lepas makan pisang..Anda bagaimana? Oo.. tak suka pisang. Rugi-rugi. Uolls memang rugi la kalau tak suka pisang. Nah saya listkan kebaikan dari sepohon pisang yang mungkin korang tak pernah tahu sebelum ni. Let cekidaout!

Pisang ataupun nama saintifiknya Musa L. dikategorikan sebagai pokok herba. Pokok pisang dikatakan berasal dari Asia Tenggara dan Asia Timur.

Daun pisang - Selain dijadikan pembalut makanan, daun pisang juga boleh ditumbuk dan ditampal semasa sakit kepala. Untuk menghilangkan bisul, tumbuk lumat daun pisang bersama minyak bijan atau halia segar. Kemudian sapu pada tempat tersebut.

Kulit pisang - Boleh menghilangkan kesan parut luka dengan menyapunya di tempat berparut setiap hari. Boleh juga disapu ke muka untuk melicinkan kulit muka.

Cecair akar pisang - Cecair akar pisang diminum untuk merawat demam, demam kuning, campak, penawar racun, sakit gigi dan demam panas!

Cecair pangkal pisang - Selalunya cecair ini disapu pada kulit kaki yang retak.

Untuk mengelakkan sembelit, amalkan memakan pisang. Selain itu, pisang juga dikatakan dapat mengurangkan penyakit-penyakit seperti anemia, tekanan darah serta depresi (murung).

Ok, kepada sesiapa yang mengalami sembelit mahupun kemurungan tu apa lagi. Cepat pergi cari pisang kat kebun atok korang. Ia akan menceriakan anda. InsyaAllah.

Tq4 reading my entry!

No comments: