Friday, 22 February 2013

Putera Impian Menjadi Kenyataan

Assalamualaikum

Hello readers,

Saya fikir korang semua pasti macam saya jugak zaman remaja dulu-dulu kan? Ada angan-angan untuk memiliki putera atau puteri impian. Masa zaman belajar dulu saya ni anti lelaki tau. Memang tak minat berkawan dengan budak lelaki, inikan pula BERCINTAss. Ee i hate budak laki atas dunia ni lagi-lagi yang suka kacau pompuan. Rasa nak hantuk je kepala diorang kat dinding kelas. Bising je bingit telinga! (pernah ketuk kepala budak laki nama Yahuza dengan pensel box sebab dia ambik pemadam tak mintak.. padam muka kau Yahuza!)

Tapi bila dah meningkat remaja sket saya mula meminati budak laki yang nampak cool, alim, dan ada la rupa paras kehenseman tu. Paling suka kalau budak tu seorang yang bijak dari kelas-kelas elit. Bila ingat balik, rupa-rupanya dari zaman sekolah lagi memang dah ada impian untuk memiliki  lelaki dengan sifat-sifat tertentu. Memang memilih ko kan?

Bila dah habis zaman sekolah menengah dan masuk pulak zaman IPT, semuanya berubah. Rupa paras saya pun dah tak comot dan bolot. Eh rasa macam satu peningkatan dan perubahan yang mendadak. Ha masa tu ramai la lelaki yang mengorat. tapi sifat kesombongan tu tetap ada beb. tidak mudah luntur dek cloroxss.

Mak pesan "Kalau nak bercinta-cintas baik tak payah sekolah Mijaa". Ha takut den, takut. Tak pepasal kena duk kat rumah je tunggu orang datang meminang. Selalu ingat pesan tu sampai sekarang. Tetapi saya alpa jua, dan sekarang baru menyesal dan baru berfikir bahawa cinta zaman belajar tu tak kemananye pun. Langsung tak ada faedahnya. *menyesal. Sob sob.

But let's just skip that part. Sambung citer pasal putera impian tadi kan, dulu saya selalu berdoa semoga dipertemukan dengan seorang lelaki yang beriman untuk membimbing saya ke arah kebaikan, lelaki yang baik hati budi, dan dapat jaga saya dengan baik. Doa tu saya amalkan masa zaman belajar lagi tau. Owhh betapa gatalnya saya nak kawen!

Lepas tu sesi berangan pulak. Sebelum mata lelap tu dalam kotak fikiran selalu je datang seorang lelaki hensem yang sangat cool, kulit cerah bak Dafi, bibir mengukir senyuman manis mcam justin bieber, orangnye lembut tapi bukannye pondan, dan teramatlah romantikss. Zzzzz..Kroh kroh..

V

V

V

V

V

V

V

5 tahun kemudiannyer... Apakah doaku telah dimakbulkan? syukur alhamdulillah saya ketemu dengan dia. Seorang putera impian tapi bukanlah putera raja. Yang pasti dia putera dihatiku forever. 

Semoga kebahagiaan itu milik kami selamanya. 



Tq 4 reading my entry!

8 comments:

Aku Penghibur said...

alhamdulilah :) semoga jodoh kamu berdua berpanjangan di dunia dan di akhirat :) pasangan yg secocok

Mieza Jhaa K said...

Amin..insyaAllah..hehe terima kasih..ada entry baru tak hari ni? nak g jalan2 ni

Seneorita Baharin said...

May Allah bless both of u :) dan semoga berbahagia till Jannah..aamiin

Mieza Jhaa K said...

Amiinn..Tq2.. :)

Remy hazza said...

amin.... semoga kebahagian itu milikmu jua..... insyaAllah.....

Mieza Jhaa K said...

Amiin..Tq2.. :)

Hanif Idrus said...

Saya doakan semua pasangan bercinta di dunia...jodoh mereka berpanjangan dan akhirnya bersatu denganijab kabul ..amin !!
Dan kemudian mempunyai anak-anak yang ramai sekali..ehhehehehe


Lupa...anda kini berada dibloglist PR2 saya..terima kasih atas kunjungan.
Tujuan dimasukkan di bloglist..supaya kita terus berkomentar....hahahaha

Bloglist saya: http://www.hanifidrus.my/
Cuba lihat bloglist berdasarkan nama blog anda buka URL...

Mieza Jhaa K said...

Amin.. Semoga saya cepat dapat anak dan ramai pulak tu.. haha