Assalamualaikum
Hidup sekarang kalau takder duit memang segalanya terbantut la kan? Nak makan western pun tak boleh, nak pakai kereta Honda Civic pun tak tercapai, nak pergi melancong luar negaro pun, alaahaai. Putih mato sajo lah gamaknye. Keinginan dan kehendak yang berlambak tu buat kita rasa tak pernah cukup. Hidup sentiasa tertekan memikirkan wang. Memang majoriti suami isteri juga bergaduh kerana wang!
Namun bila kita bersabar dengan rezeki yang Allah kurniakan sikit mahupun banyak, ia pasti tidak memberi apa2 masalah kepada kita. Ada banyak kita bersyukur, ada sikit pun kita bersyukur. Dulu suami kita gaji 10k kita tak pernah bermegah-megah. Sekarang suami kita gaji 5k, ia tetap tidak berubah. Kan bagus tu. Sebab tu bila kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, jangan pula kita berbelanja semahunya. Kalau dapat duit 100k pun ia tetap tidak cukup untuk melunaskan segala kemahuan nafsu manusia.
Jangan lupa ia hanya pinjaman sementara dari Allah S.W.T. Guna lah sebaik mungkin ke jalan yang diredhai kerana bila2 masa saja Allah akan tarik balik pemberian tu. Rezeki yang diberi samaada sikit mahupun banyak ia adalah dugaan dari Allah semata-mata.
Kadang2 duit kita hilang entah ke mana. Habis dengan begitu saja tanpa kita sedari. Kadang2 ia mengalir bagaikan air. Setiap hari pasti ada sesuatu yang memerlukan wang. Pernah kamu alami? Stress memikirkan wang sampai bila2 pun tak selesai. Ubahlah cara hidup kamu. Jangan terlalu taksub dengan wang yang banyak.
Selalulah kita mengingati Allah S.W.T samada kita kaya mahupun miskin. Banyakkanlah bersedekah. Taatilah apa yang disuruh serta tinggalkan segala laranganNya. Barulah rezeki yang diperolehi mendapat keberkatanNya.
#Teringat masa zaman sekolah dulu. Orang lain bawak duit 50sen tapi aku mak bagi 20sen je. Cukup untuk beli nasi kerabu sebungkus. (Tahun 1994- 19tahun dulu)
Tq 4 reading my entry!
No comments:
Post a Comment