Sunday, 3 February 2013

Hadiah Untuk Darling

Assalamualaikum..

25hbJan aritu genap la umur Mr.K 28tahun. Dah besar panjang hensemku rupanya. Dan 25hbJan jugak genap 4tahun perkenalan kami. Ahaks.. romantisnya tarikh 25 ni bagi kami kan? Semuanya bermula dengan 25, suka duka ketawa menangis semua2 lah.

Tapi apa yang aku nak hadiahkan? kamera? aku yang nak sebenarnya. Handphone? Masih elok lagi. Belt? Dulu dah bagi dan masih elok lagi. Perfume? Hmm dia tak pakai pun. Baju? Hadiah sempena anniversary aritu dah bagi baju. No idea!

Suatu hari masa kami balik kg aku kat Besut kami pergi ronda2 kat Jerteh. Terpandang 1 bangunan kuning penuh dengan banner potongan hebat sempena pembukaan kedai. Ooo Courts Mammoth rupanya! Jom Darling kita ke sanaa!

Wahh! semua gajet hebat ada potongan 25% you termasuk la ipad mini dan samsung galaxy note 10.1 yang aku teringin nak pakai tuu. Tiba2 dapat idea, apa kata kalau aku hadiahkan ipad mini je. Boleh aku guna jugak. Hahaha. Ambik kesempatan nampak!

But, Mr.K kata ipad mini tak sesuai untuknya sebab tak dapat menaip dan buat kerja. Ye jugak tu. Ipad mini memang sesuai untuk aku je, hahahaha. Dia kata lebih baik beli laptop senang nak buat kerja. Jadi, laptop lama tu.. jadi milik aku laaa.. ngehngeh ngeh.. suka2!

Jadi aku pun usha2 laptop terbaek untuk yang tersayang. Beli kat Dungun je senang kot2 ada kerosakan ke apa. Ni laptop yang aku dah usaha untuk balik tunjuk kat Mr.K. SAMSUNG dan DELL!

Ni pilihan aku selain DELL dan SAMSUNG yang harga
Rm2199 kat  bawah.  
Tak berapa berkenan dari segi kelajuan
Wauu.. i5 punya kelajuan memang POWER!
Yang ni harga RM2199 jugak sama macam atas. i5 jugak!
Balik tunjuk gambar kat Mr.K. Pilih2 punya pilih akhirnya dia berkenan laptop Dell kat atas sekali tu. Harga pun tak mahal sangat dan kelajuan pun dah ok. Sesuai la dengan kerja serta ketahanan. Apa lagi keesokannya kami rembat la!

Tersengih2 dia dapat laptop baru ekk.. Darling suka Jaa pun suka.

Tq 4 reading my entry!

No comments: