Monday 18 February 2013

Siti Aisyah Dinikahi Ketika Usia 9 Tahun

Assalamualaikum

Sekadar gambar hiasan
Siapa pun kita selagi bergelar seorang wanita, perasaan cemburu tetap ada. Cuma yang membezakannya ialah bagaimana seseorang itu mengawal perasaan cemburu itu. Bagaimana untuk mengawalnya? Pastinya dengan keimanan yang tinggi dalam diri akan menyekat segala perasaan kurang baik untuk bercambah terus mekar dalam diri.

Begitulah yang terjadi kepada Siti Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq. Perasaan cemburunya kepada Siti Khadijah walaupun Siti Khadijah sudah tiada cepat-cepat dipatahkan agar ia tidak menjadi makanan syaitan untuk terus menjadikan itu penyakit dalam hatinya. 

Sungguhpun begitu, perkahwinan Rasulluah bersama Siti Aisyah dengan perbezaan umur yang ketara telah menimbulkan banyak kritikan walaupun perkara itu telah berlaku sudah ribun tahun.

Walhal Siti Aisyah bukanlah wanita pertama yang berkahwin dengan seorang suami yang seusia ayahnya sendiri, dan bukan pula wanita yang terakhir. Abdul Mutalib datuk nabi sendiri pernah berkahwin dengan Halah, iaitu sepupu Aminah. Dan Abdul Mutalib ketika itu adalah seorang yang sudah tua.

Selain itu Saiyidina Umar bin Al-Khattab R.A pernah berkahwin dengan puteri Ali bin Abu Talib, padahal Umar lebih tua dari Ali bin Abu Talib itu sendiri. Perkara ini bukanlah sesuatu yang ganjil dan ia terusan berlaku dalam masyarakat Arab di Semenanjung Arab hingga ke hari ini. 

Tiada Majlis Meriah

Sewaktu Siti Aisyah dinikahi Rasulullah S.A.W ketika itu usianya baru sembilan tahun dan masih berada di atas buaian. Pernah Siti Aisyah menceritakan detik dia dinikahi oleh Rasulullah. Katanya, "Rasulullah telah datang ke rumah kami, maka telah berkumpul di rumah kami beberapa orang dari kaum Anshar, lelaki dan perempuan. Lalu ibuku pun datang kepadaku, padahal aku sedang bermain buaian.

"Dia turunkan aku dari buaian itu, kemudian menyisir rambutku dan menyapu wajahku dengan sedikit air. Kemudian memimpin aku, hingga apabila aku berada di pintu dia berhenti sebentar untuk menenangkan perasaanku.

Kemudian dia masukkan aku ke dalam bilik, sedang Rasulullah duduk di atas kasur rumah, lalu didudukkan aku di atas pangkuan baginda dan berkata "Kita semua kaum keluargamu dan memberkatimu ke atas keluargamu kepadamu."

Ketika hari perkahwinannya tiada seekor untu pun disembelih dan tiada seekor kambing pun yang disembelih. Tetapi, Sa'ad bin Ubadah ada mengirim sedulang makanan yang dibuatnya untuk Rasulullah S.A.W. Dan Siti Aisyah dibawa semangkuk susu diminum sedikit oleh Rasulullah dan diberi pula kepada Siti Aisyah.

Hari itu adalah hari perkahwinannya. Walaupun tidak ada majlis meriah tetapi majlis itu mendapat keberkatan daripada semua kaum keluarga. Dikatakan Siti Aisyah adalah pengantin yang sangat manis, langsing tubuhnya dan wajahnya cerah bercampur merah. Walaupun begitu umurnya sudah cukup dan peribadinya cukup sempurna dari sejak hari pertama dia memasuki rumah Rasulullah S.A.W.

* Mak saya berkahwin dengan ayah semasa umur 13 tahun. Masa tu umur ayah sudah menjangkau 40 tahun. Dikurniakan 5 orang anak. Dan saya adalah si bongsu mereka. Hihi

Tq 4 reading my entry!

3 comments:

Akupenghibur.com said...

subhanaALLAH... :) indahnye

birthday party said...

subhannallah yaaaa

Anonymous said...

hasil penelitian sebenarnya aisyah dinikahi nabi muhammad saw pada usia 19 tahun.