Sunday, 17 February 2013

Masker Untuk Cantik

Assalamualaikum wahai pencinta kecantikan

Kalau bab kecantikan memang tangkas korang kan. Tengok tajuk entry pun dah teruja nak tahu apa yang menarik. Kali ni saya teruja jugak nak kongsi masker buatan sendiri yang saya amalkan kat rumah sekian lama. Tak perlu berhabis-habisan wang ringgit hanya untuk masker. 


Sekadar gambar hiasan yang dicuri dari Abang Google
*Google lelaki rupanya
First, kita kena tahu apa fungsi masker. Adakah korang pakai masker hanya untuk suka-suka? Ada jugak macam tu kan. Sebab nak takutkan anak jiran sebelah. Waha!

Ok, masker ni fungsinya dapat menegangkan kulit. Jadi kulit tak cepat kendur dan still awet muda jika diamalkan sentiasa. Kedua ia dapat menutup liang-liang pori. Wajah kita akan nampak licin dan gebu macam baby tau lepas buka masker. Ketiga, masker ni boleh melembabkan wajah. Lepas pakai masker kita akan rasa kulit lebih flawless! Wah teruja kan? Ok, Keempat kulit kita rasa macam elastik gitu. Eee geram-geram lalu cubit pipi sendiri depan cermin. Kelima, masker ni boleh hilangkan stress. Bagus untuk wanita bekerjaya yang nak release tension di hari minggu. Dan keenam, segala masalah kulit kita akan beransur hilang sedikit demi sedikit bergantung kepada kekerapan serta kerajinan kita bermasker. Hehe

Jom kita buat masker sendiri kat rumah

Goodbye JERAWAT!
Masker ni untuk kulit yang berjerawat dan jika selalu diamalkan insyaAllah kuit kita akan licin mulus tanpa jerawat lagi.

1. Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu, bilas dengan air. Kalau ada sesiapa yang tak suka bau telur, ok guna cara lain pulak

2. Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan kering dan bilas. 

Googbye PIGMENTASI dan BINTIK HITAM
Ee kulit tidak serata dan bintik hitam pun banyak. Macam mana ni? Gunalah masker olahan sendiri dari Mieza Jhaa K. Hehe iklan tak berbayar

1. Celupkan tisu yang dah dipotong-potong ke dalam sebiji putih telur. Tampal tisu kat muka terutamanya tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Biasanya bahagian hidung. Setelah kering, tanggalkan. Cuci muka dengan air suam dan pencuci muka. Lihat kat kepingan tisu yang dah mengeras tu. Ada bintik-bintik hitam melekat kat situ. Wau ni masker kegemaran saya tau!

2. Gaulkan satu sudu minyak zaitun dan sebiji telur. Sapukan ke muka selama 20minit sebelum cuci dengan air suam. 

Goodbye PARUT
Wajah anda berparut? Kini usah risau lagi. Hanya berbekalkan usaha, keyakinan dan semangat yang jitu anda mampu memiliki kulit wajah licin tanpa parut!

1. Cuci bersih daun pegaga bersama akarnya sekali. Tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lumurkan ke bahagian yang berparut. Biarkan kering dan bilas

2. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka dan biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. 

Senangkan? Semuanya boleh didapati dengan mudah kat dapur anda. Sambil-sambil memasak pun boleh pakai mask ni. Jangan berterabur jatuh dalam masakan pulak ye. Untuk kesan yang maksimum anda harus la rajin tau. Jangan sekali pakai je tapi nak tengok hasil yang menakjubkan. Tidak adillah macam tu. Harus sabar dan rajin ok!

Tq 4 reading my entry!

4 comments:

Akupenghibur.com said...

alamak baru tahu ..lelaki boleh pakai ??

Unknown said...

Mesti la boleh.. cuba la

*best blog awak..i like

Unknown said...

hee, nice info...yeay balik keja nnt boleh cuba! :D

Unknown said...

Akak memang jenis suka amal petua lama sblm kawen lagi..produk2 kecantikan ni kurang bkesan la