Sunday, 10 March 2013

Terkentut Ketika Solat

Assalamualaikum

Teringat kisah lucu masa zaman sekolah buat saya ketawa terbahak-bahak sorang-sorang macam orang mabuk. Kalau sebut perkataan 'terkentut' mesti terimbau kembali cerita yang dah berdekad lamanya ni. 

Masa saya tingkatan 3 dulu ada la sorang kawan perempuan ni yang tak suka bercakap dengan orang. Ingatkan bisu sebab bila cikgu soal memang dia tak jawab apa-apa. Peliks la dia sorang. Dia rapat dengan seorang kawan je, tu pun sepupu dia sendiri. Tapi dia pandai senyum bila saya melawak depan dia. Haha suka sangat menyakat orang masa tu.

Suatu hari, sebelum balik rumah kami solat dulu kat surau sekolah. Saya seperti biasa la saf paling depan dan dia dengan sepupunya pulak barisan kedua betol-betol belakang saya. 

Masa rakaat kedua, tengah-tengah rukuk tu tetiba kedengaran bunyi kentut dengan teramat kuatnya betol-betol kat belakang saya. 

Pppooouuttt!! 

Walawei..siapakah gerangan si tuannya? Dia ke?

Memang tak syak lagi sebab dia ketawa mengeluarkan bunyi serta SUARA! Namun itu bukan suara sepupu dia, sebab saya cam. Tapi memang sah dia. Saya apa lagi terhenjut-henjut ketawa tanpa bunyi sampai bergegar habis tubuh badan.. Lucu beb..orang yang tak pernah bercakap tetiba mengeluarkan suara dan kentut yang maha dashat. 

Dan memang tak syak lagi sebab lepas selesai solat tu pusing belakang mereka dah tak ada. Lari menghaibkan diri sekelip mata!

*Lama dah tak jumpa dia. Kat mana dia sekarang ek? Kalau dia baca ni mesti ketawa terbahak-bahak.

Nak ketawa terbahak-bahak lagi? Baca sini



Thanks 4 reading my entry!

8 comments:

Hanif Idrus said...

Peristiwa manis tu...kikikiki

Seneorita Baharin said...

ehehheheehe, lawakkkk la...terus lenyap eyh pas abis tu... :D heee

Mieza Jhaa K said...

Xtau la manis ke apa..yg pasti kenangn yg xdpt dlupakn..

Mieza Jhaa K said...

Ye r..xsempat amin doa la kot..

sayidah napisah said...

hahhaha..boleh pulak camtuuu. :P

Mieza Jhaa K said...

Tu la kn.. lawak2

Remy hazza said...

ha3... semua tak kusyuk sembahyang ler tu......

Nurul Aini said...

hehehe..habis..semua terganggu..hehehe.