Sunday, 10 March 2013

Tiba-tiba Dah Siap

Assalamualaikum

Tadi adalah saya pergi melawat rumah baru kami yang bukan main besar lagi kat atas bukit. Memang gah berdiri tanpa ada yang mengganggu bukit kami tu. Hanya tersergam ingah rumah agam tu sebiji saja. Tapi bila fikir-fikirkan balik rasa seram la jugakkan.. Ye la, dah la tak ada jiran tetangga. Kalau ada orang pecah rumah macam mana wei. 

Fuh rupa-rupanya rumah tu memang dah canggih beb. Nama lagi rumah agamkan, pasti la ada cctv dan sistem keselamatan lain yang serba lengkap. Pendek kata kalau pencuri nak panjat pagar pun memang tak sempat terjun, siren polis dah berbunyi awal-awal. Kalau berjaya masuk sekalipun, memang mencari nahas la pencuri tu.

Pergghh cantik! Memang mewah.. Aaaaaa tak sabar nak pindah ke rumah baru! Bestnyaaa!! 

Adooiii tiba-tiba tangan terasa panas. Tersentap lalu terjaga dari lamunan. Adoi sakit jugak kena loyang kek panas-panas. Mujur lapik dengan kain. Kalau pegang pakai tangan saja macam mana tadi? 

Ehh kek dah siap la..Cepatnya!! Bila masa aku buat ni???????

-_-III


Thanks 4 reading my entry!

2 comments:

Nurul Aini said...

Hehehe..akak berangan ke kak? Mengelamun membayangkan rumah..hehe.

Mieza Jhaa K said...

Tu la..berangan memang hobi akak sejak kecil..haha.. Tp Alhamdulillh sampai hari ni byk dah yang Allah dah makbulkan doa serta angan2 tersebut walaupun makan masa yg lama..