Assalamualaikum..
Hai pembaca blog semua. Ini adalah peringatan yang amat berguna untuk kamu tau. Jangan jeling sebelah mata saja terhadap entry saya kali ni ek. Ilmu yang berguna harus ditambah agar tidak tergolong dalam golongan yang DAH TERKENA BARU TERNGADAH. Pastikan hidup kita sentiasa terkawal dan tidak tunggang-langgang agar PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI. So let cekidaut!
Meningkatkan Ilmu Kemahiran
Ini adalah pengajaran dari pengalaman hidup saya sendiri tau. Ambillah beberapa kursus yang tidak berkaitan dengan pekerjaan sekarang sebagai bekalan masa depan. Kalau anda sekarang dalam bidang IT contohnya, ilmu lain pun kena belajar juga. Jangan setakat pandai IT saja. Mana tahu, anda mungkin berminat untuk buka perniagaan suatu hari nanti. Tiru macam saya, dulu bahagian akaun sekarang berniaga pulak dan dalam masa yang sama saya adalah suri rumah sepenuh masa yang berjaya.Hehe
Simpanan
Dana rizab peribadi sangat penting. Ingat! Anda perlu mempunyai simpanan yang mencapai 5 kali dari gaji anda. Soal ni amat saya titikberatkan dari zaman belajar lagi tau. Memang lah belum ada pendapatan sendiri tapi simpanlah duit belanja PTPTN anda mahupun duit mak ayah bagi. Elakkan melancong dan membeli-belah terlalu kerap. Kalau korang nak tahu duit PTPTN saya dulu masih ada sampai sekarang tau. Tapi dah bertukar menjadi seutas gelang emas dan sebuah kereta. Wau! Anda terkejut? Jadi tidak mustahillah ramai kawan-kawan lama yang datang untuk meminjam. Ohhh!
Elakkan Berhutang!
sila bayar diri dulu setiap kali menerima gaji. Kalau saya dulu duit gaji hanya digunakan untuk bayar bulanan kereta dan minyak kereta sahaja. Makan? bekal bekal bekal. Kedekut is my middle name! Elakkan berhutang kerana ini akan memakan diri di kemudian hari. Dan berusahalah untuk membeli secara tunai. Oh! i dont like ansuran. Tapi kereta terpaksa bayar ansur sebab saya bukan anak datuk.
Tidak Terpengaruh
Elakkan membeli barangan baru tanpa mengambil kira barangan lama masih berfungsi dan boleh digunakan. Pastikan anda tidak terpengaruh dengan tarikan iklan! Oh i hate IKLAN. Semuanya INDAH KHABAR DARI RUPA!
Skim Cepat Kaya
Kalau macam tu ramai la orang-orang kaya baru atas dunia ni kan. Jangan mudah percaya dengan Skim Cepat Kaya atau kata-kata manis yang menjanjikan keuntungan besar. Besar la sangat! Ingatlah, bahawa tiada jalan singkat mendapat keuntungan begitu sahaja ok. Tolong tersedar dari mimpi siang anda.
BONUS
Oh sukanya dapat bonus. Tapi ingat, belanjakan hanya 20 peratus sahaja. Agihkan yang lain kepada keperluan dana pendidikan, kesihatan dan hari tua anda. Kalau diikutkan nafsu membeli, memang sejam pun boleh habis. Tapi bila saat anda memerlukan wang, duit itu amatlah berharga.
Menderma
Jangan lupa menderma apabila mempunyai wang lebihan dan membayar zakat. Percayalah segala amalan akan diberi ganjaran sewajarnya, juga diberkati di dunia dan di akhirat.
Itu lah saja tips nya yang memang susah untuk korang semua laksanakan, lagi-lagi kalau berkaitan dengan wang. Betol tak? Apa tidaknya, hampir keseluruhan kehidupan kita sekarang memerlukan wang. Masuk tandas awam pun kena ada wang, kalau tak..hmm.. Tapi pandai-pandai la korang menguruskan harta dunia tu ye.
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment