Sunday, 7 April 2013

Penang Part 1 : Jalan-Jalan Bersama SENEORITA BAHARIN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Alhamdulillah akhirnya saya dah selamat sampai rumah dan jom kita berblogging..Owh rindu-rindu.. serius you! Pasti ada antara uolls dah tahu kan yang saya telah melencong ke Penang bermula Isnin lepas hingga Khamis, 4 days. Tujuan utama pergi kesana adalah atas urusan kerja Mr.K dan saya sebagai secretary peribadinya harus la ikut serta.

Walaupun ini adalah kali ke3 kedatangan saya ke penang, namun kali ni ada sesuatu yang amat menerujakan kerana dapat bertemu dengan seorang sahabat blogger yang pasti ada antara anda semua dah kenali iaitu dik Seneorita Baharin. Yeah, First time berdating bersama blogger awesome! Amat menerujakan you!

Nama panggilan beliau bukan Rita or Ita ye kawan-kawan. Tapi panggil saja Anie..Haha lucu jugak kalau saya terpanggil dik Rita ke apa. Sebab SENEORITA tu bukan nama beliau, tapi ada maksudnya tersendiri. Nanti dik Anie akan cerita dalam entry lain macam mana boleh muncul nama glemer tu. Dan saya lebih suka dipanggil Jhaa or Kak Jhaa.. Rasa lebih rapat dan mesra.

Cute orangnya dan petah berkata-kata. Bila kami berjumpa, maka berbuih la mulut masing-masing dek kerana sifat yang sama tersebut. Apa orang Penang kata? cot cet cot cet? hihi.. Ingatkan apa la,. rupanya maksud sama macam pot pet pot pet..Haha.. Dan banyak juga la perkataan yang lambat faham sket. Tu nasib saya tak cakap Kelantan. Haa kalau tak melopong la si Anie..Haha

Bila dik Anie cakap yang kitaorang akan merempit, fuh! makin teruja beb. Apa tidaknya, saya ni dah bertahun kot tak membonceng motosikal. Lagi-lagi kalau pusing-pusing Penang. Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Hehe..jeles tak jeles tak?? Memang beshh orr..betol-betol makan angin la ni..fresh air lagi tu..First, dik Anie bawa saya ke Kompleks Bukit Jambul untuk makan-makan dan shopping apa yang patut kat dalam tu. Kebanyakannya murah-murah dan berpatutan. Tempat yang sesuai kalau nak beli apa-apa yang patut untuk dihadiahkan kepada sanak saudara.

Kalau bab fesyen terbaru pula, memang saya lambat tahu sikit. Hehe. Dan Anie telah syorkan saya beli shawl yang tengah hot dikalangan remaja sekarang. Bergerigi-gerigi. Nama apa ek Anie? lupa la pulak. Kihkih..

Alaa muka tembam, rasa macam tak sesuai pakai shawl.. Maklum laa saya ni peminat setia tudung bawal sejak kecik lagi tau. Penampilan pun sama je sejak dulu, tak berani nak berubah ke arah lebih glemer dan matang sket. Maka saya beli shawl ni untuk adik ipar je lah. Untuk diri sendiri pulak beli tudung bawal yang ada bunga-bungaan atas kepala. Murah beb! RM15 je?? Kat Dungun RM30.. RM35 pun ada. Kualiti macam sama jee.


Habis satu KBJ tu kami ronda-ronda. Mujur Anie bawak ke gerai jeruk Pak Ali, kalau tak memang lupa ada orang kirim jeruk. Baik beli siap-siap, nanti tak tau plak kat mana nak beli. Terima kasih banyak-banyak dik Anie kerana teman akak shopping. Sebab saya ni kalau bab beli barang susah sket kalau tak ada orang syorkan mana yang bagus..mana yang terbaru.. mana yang cantik..hehe..kalau tak ada Anie balik tangan kosong la kot.

Then, sebelum bertolak ke Queenbay Mall kami singgah beli coolblog dulu. Rancang nak ber'coolblog' sambil jalan-jalan kat Queensbay Mall nanti. Haa cool tak kami? Hihi.. Eh mana mata saya sebelah lagi?

Kat Queensbay ni kami just jalan-jalan tengok-tengok je sambil bergambar sakan. Dua-dua jenis suka bergambar. Bestkan? Serasi bersama.. Tahu tak yang kami ni anak bongsu.. kidal pulak tu.. suka ketawa lagi.. memang suka bercakap.. haa apa lagi ek? Yang pasti memang majoritinya sama..



Mak oii bergambar tahap tak sedar diri dah ni. Siap ketawa sakit perut dibuatnya.. Masa bergambar kat gajah jadian tu ada peristiwa lucu bangat.. Gambar gajah dah bertukar jadi gambar lain daa..tuuuuttt.. Apa lagi bergegar la Queensbay Mall dengan suara kitaorang ketawa.. Hahaha.. Ahh pedulikan mata-mata sumbang yang memandang, yang penting kami dapat bergambar dan ketawa dengan seronaknya.. Hahaha

Alaa..dah tiba masa nak balik.. Rasa macam sekejap je jumpa. Saya ni bila dah rapat dengan orang mula sedih-sedih. Manja tahap baby you!! Tapi tak tunjuk la depan Anie..hihi..Kami ada exchange barang sket. Anie bagi coklat from Mekah. Siap ada Fridge Magnet Cameron Highland lagi. Tapi hadiah paling best dan bermakna ialah dapat jalan-jalan dan bergambar bersama. Best sangat. Rindu nak jumpa Anie lagi.. Semoga kita dapat jumpa lagi lain kali dan persahabatan ini kekal selamanya.

Maybe, bulan Jun nanti Mr.K ada urusan kerja kat Negori Sembilan pulak. Ada tak blogger yang duk sana selain kawan rapat saya Fatin Liyana? ehehe.. Sila perkenalkan diri korang ek..Nanti kita jumpa!


Thank you for reading my entry!

16 comments:

Akupenghibur.com said...

wahhh syok la jln2

Zinnia Z A said...

syok nye p penang ! ... kita lama dh x p sana^^

Unknown said...

Memang syoklah..nnti nk jumpa Acik pulak..hihi

Unknown said...

Memang syok..lagi2 kalau mnginap di hotel betol2 depan Queensbay tu..Jlan kaki je..

Unknown said...

macam best je.... q(❂‿❂)p

Unknown said...

ehehehhe,tiba2 tersebak plak baca entry akak ni, sebab rinduuu! :'D terkenang segala memori kita bersama, hikss....seriously i miss u so much sis! u re such lovely sista! i'm so lucky have u in my life..xmungkin anie lupa our sweet memory walaupun sehari je kan, but still bermakna dalam hidup ni tau... :') semoga hubungan kita kekal abadieslamanya ye! <3 kalo rindu tgok gambo2 kte ye akak...keep in touch! <3 u!

Unknown said...

Memang besssttt... hehe

Unknown said...

kak Jhaa, nama shawl tu Tribal shawl.. :D

Unknown said...

Akak pun tersebak juga masa menaip tadi..sob sob.. balik dari jmpa Anie ptg tu melompat lompat citer kt Abg K..betapa terujanya..hihi..hopefully mcm tu lah..tgk gmbar edit2 mcm tu lg syokkan..

Unknown said...

Oh ya tribal..akak duk berteka teki jgk la dgn adik ipar..trifal la trufal la..mcm2..haha... yg pnting mereka suka shawl tu..thanks Anie..

Bin Muhammad said...

Aduh!...beginilah bila 2 orang pompuan bertemu, kecoh satu Penang...hehe!
Bergegaq Komtaq!

Unknown said...

Mujur xtumbang je.. ~>_<~

Unknown said...

hehehehh, triffle tu makanan laa.. :D hihi...yeahh! naseb baek diorg suka! :D sama2 kak Jhaa syg... ^______^ heeee

Unknown said...

wah...untung lah......... dua blogger terkenal bertemu... mau dating sampai ke komtar....... mesti meriah kan...... ada ngumpat pasal remy tak nie ????? he3

Unknown said...

Tak ngumpat pun..hehe..eh bukan ke Remy ada kirim salam kat seneorita baharin ke aritu?? Alaaa lupa la nak bagitau..

Nur Nainis said...

Wah....bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....hehe..punya panjang..tersengih2 saya baca entry ni kak. Hehe..saya dah tahu awal2 dah nama akak Seneorita itu Anie..Hari itu borak2 dengan akak Anie ni. Nama panggil manja dalam keluarga saya juga, anie..hehe. Sedapnya jeruk2..buah pala..Sedap2.


p/s : Seneorita itu bahasa mexico maksudnya "cik" kan kak?