Assalamualaikum..Terkenang kisah seseorang masa kat IPT dulu. Dia dengan beraninya telah menegur seorang kawan sebab keluar ber'dating' waktu malam, katanya tak elok. Maka si kena tegur tadi melenting dan tak puas hati bila orang jaga tepi kain dia.
Orang tengah syok bercinta memang tak boleh nak nasihat apa dah..kan cinta itu buta. Sebelum ni bukan main lagi jaga aurat. Eh lepas bercinta berpimpin tangan pulak. Adohai meluatnya kami memandang. Bagi saya ia bagaikan kejutan budaya. Biasalah budak terperuk baru keluar kandang. Tapi syukur alhamdulillah, kerana ada kawan yang sentiasa memerhati dan menasihati.
Oh Fatimah.. gadis ayu.. indah sungguh rupa mu mas ayu..
Kawan saya yang suka jaga tepi kain orang tu namanya Fatimah. Kami yang rock ni panggil dia Kak Tim. Ramai yang tak suka dia sebab sikapnya yang suka ambik tahu hal orang. Pakai seluar ketat sket je.. haa tunggu la kalau terserempak dengan Si Fatimah tu. Masa tu jugak dia sound secara sindir-sindir.. boleh buat kita jadi 'hidup segan, mati tak mau'.
Tiada yang nak hidup sebilik dengan dia melainkan saya yang lurus ini. Haha... Tapi sekarang dia tiada lagi. Entah kemana. Rindu nak jumpa dia dan ucapkan terima kasih kerana menyelamatkan saya dari dunia yang liar dulu. Terima kasih kerana berusaha menjaga kawan-kawan dengan sesungguh hati walaupun dicaci dicerca, dan difitnah.
Ada lagi ke kawan macam tu zaman sekarang ni? Adik sendiri pun kita tak dapat nak jaga inikan pula kawan. Adik keluar berdating dengan laki mana entah, kita tengok je tak kata apa. Walaupun hati rasa berat juga. Tapi bila mengingatkan adik kita tu akan marah kita balik, maka didiamkan saja. Sayang tapi menjahanamkan.
Kalau ditanya si Fatimah tentang isu ni, pasti dia jawab "Kalau bukan kita, siapa lagi?".
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment