Friday 5 July 2013

Umang Berhias

Assalamualaikum.. Semalam sedang berjalan dengan Mr.K di pasar malam Dungun, tetiba ternampak sekelompok manusia sedang memerhatikan sesuatu. Apa yang mereka tengok tu? Saya terus menerjah masuk ke dalam kelompok manusia tersebut dengan rakusnya.

Laaa mainan budak-budak rupanya. Berwarni-warni, memang cantik. Tiba-tiba mainan tu bergerak-gerak dengan aktifnya memanjat sana sini dalam bekas. Mak oii!! "Boleh bergerak rupanya.. pakai bateri ker?" 2,3 orang perempuan memandang saya dengan muka seolah-olah nak bagi penampar tawar.

Saya terus memegang benda tu untuk memastikan apakebendanya yang aneh ni? Tetiba keluar seekor ketam dari dalam cengkerang yang pelbagai rupa tu. Laa..."ketam ke ni pakcik?". "Ni namanya umang-umang". Waahh cantik betol bila dah dicat dan dilukis dengan pelbagai rupa kartun. Nampak macam watak kartun yang benar-benar wujud.

Happynya mereka ni.. ada yang sedang ketawa, tersenyum.. ceria setiap masa walaupun sebenarnya binatang ni sedang berhempas pulas nak selamat diri dari cengkaman manusia. 

Agaknya binatang ni makan timun kot. Lupa pulak nak tanya berapa ringgit sekor. 

Thanks for reading..

No comments: