Assalamualaikum
Adakah anda seorang isteri? Isteri yang baik ke tak baik? hehe tanya pulak. Sapa nak mengaku kan? Ok, bagi sesiapa yang bercita-cita nak jadi isteri yang baik macam saya ni jom kita nilai diri kita sendiri mulai saat loni jugak berpandukan subtittle kat bawah.
1. Suara Lantang
Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Jiran-jiran yang tinggal 500meter pun boleh dengar suara anda yang gilang-gemilang itu membebel serta melalak terhadap suami. Ohho.. Tolonglah wahai isteri. Tinggalkan tabiat buruk anda ini. Bersifat cool itu lebih baik dan menyihatkan jantung anda. Ingat satu perkara, berdosa tau meninggikan suara kat suami.
2. Mulut Tempayan
Mungkin inilah perkataan yang sesuai untuk isteri sebegini. Waktu terluang digunakan hanya untuk bercerita perkara yang terlarang ini. Malah bukan sahaja bercerita malah menyebarkan keaiban suami, masalah rumahtangga serta segala-gala rahsia dalam rumahtangga. Oh no, dijauhi la kita-kita semua dari golongan isteri sebegini. Jaga mulut anda please!
3. Bercinta dan Bergatal dengan Lelaki Lain
Ramai isteri-isteri begini zaman sekarang ni. Mereka seperti tidak menghadkan pergaulan dengan lelaki. Kalau setakat kawan biasa ia tidak menjadi masalah. Apa yang jadi masalahnya ialah bertepuk tampar dengan lelaki lain, keluar kesana-kemari macam tak ada suami, bermesra-mesra, dan ada yang siap bercinta sakan lagi. Ingatlah wahai wanita, syurga itu bawah tapak kaki suami. Jangan ko sesekali curang!
4. Keluar Tanpa Izin
Haa ni satu lagi kesilapan isteri. Merajuk sikit lari dari rumah. Kena marah sikit lari balik rumah mak. Kalau keluar ke mana-mana tanpa izin suami tu biasalah. Perlu diingatkan bahawa kemana saja hala tuju kita, suami kena tahu serta mendapat keizinannya.
5. Buat Keputusan Tanpa Berbincang
Kes ni boleh mengundang padah. Bila suami dah marah baru nak kecut perut. Jadi sebelum buat keputusan, bincanglah dulu. Tanya suami adakah dia bersetuju dengan pendapat kita. Itulah yang dinamakan perkahwinan. Segalanya berkongsi dan tiada rahsia antara kamu.
Ok, adakah kelima-limanya bukan sikap anda? Kalau macam tu anda adalah antara isteri yang bagus. Tetapi, kalau ada salah satu atau kesemuanya tolonglah berubah demi kebahagiaan rumahtangga yang berpanjangan.
Tq 4 reading my entry!
17 comments:
betul tu .. semoga jadi isteri yang solehah
Ikhlas dari pengalaman dipersekitaran saya.. Thanks awak
sy pon nak berkongsi mcm mane nak mengekalkan hubungan percintaan.. hehe...
http://www.youtube.com/watch?v=-oDq_DfJnZs
Bercinta dan Bergatal dengan Lelaki Lain <-- ni yang sangat menakutkan saya sebenarnya.. :(
Betol tu Abang Boni.. berlambak mcm tu skrg
Persilakan. Bab2 cinta ni saya minat jgk
tapi kan Miza.. ada jugak jenis pompuan ni dah ada laki tapi ada scandel dgn lelaki bujang dan suami orang... semata-mata nak puaskan nafsu... mungkin laki beliau tu tak boleh atau tak mampu puaskan dia... adoi... pikir nak sedap jek tak pikir dosa langsung... pelik lah manusia ni...
Ye betol tu.. lagi2 bini muda yg kawen dgn lelaki tua sbb harta tu kan..
betoi jgk kan
Sewajibnya betui..hehe
xtersenarai kot in shaa Allah, wanna be a good wife soon....nice sharing sis.. :)
Alhamdulillah, semoga menjadi isteri yang solehah.. Tq2 :)
remy setuju..... pesefahaman tu lebih baik...mana yg tak suka...biar berbincang.....
In shaa Allah..hee..u re most welcome sweetie sis :)
elakkanlah 5 perkara tu insyallah akan menjadi isteri yg soleh dicintai suami dan disayangi Allah SWT
Lagi satu ye Remy..amalkan bermaafan sebelum tido..insyaAllah kebahgiaan milik mu
Krole pun sama.. jadi lah suami yang terbaek yee..tahniah dah dapat baby girl.. bahagianya orang.. :)
Post a Comment