Tuesday, 16 April 2013

Upgrade Cara Bercakap

Assalamualaikum

Jom kita melawak dan bergelak ketawa jap.. Kita sebagai orang Melayu ni amat peramah dengan sikap suka bertanya dan ambil berat. Tetapi kadang-kadang keperamahan kita tu tidak kena dengan keadaan serta soalan yang diajukan. Ini semua poyoooo!


UPGRADE CARA ANDA BERCAKAP

Situasi 1
 Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak anda lalu datang bertanya: 
"Tunggu bas ke?" 

Anda harus menjawab:
"Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Situasi 2
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?" 

Anda harus menjawab:
"Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

Situasi 3
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik, tulis surat nampak?" 

Anda harus menjawab:
"Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

Situasi 4
Anda sedang makan nasi dan orang tegur:
"Makan nasik?" 

Anda harus menjawab:
Dgn nada yg lembut " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

Situasi 5
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya :
"Baru balik dari keje?" 

Anda harus menjawab:
"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

Situasi 6
Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur :
"Eh kau sibuk ke?" 

Tak payah jawab:
Peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

Situasi 7
Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanya :
"Eh citer melayu ke?" 

Anda harus menjawab:
"Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksasa dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".

Namun kita sebagai orang Melayu yang kaya dengan adab sopan, jawapan-jawapan diatas teramatlah BIADAP.. dan boleh buat mereka terasa hati. Ini hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

~PLEASE DON'T TRY THIS AT HOME~


Thank you for reading my entry!

10 comments:

Hasri Anis said...

aduhhh.. yg bertanya pun satu hal -_-'

Bin Muhammad said...

Salam Meiza..Anda sedang baca komen saya ke?...hehe

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... saya selalu jwb cam tu kat anak buah . saya cuma nak mereka berfikir . asyik tanya sbb malas nak cari ... " mak usu , nasi kat mana ? " ... " kat dalam bilik " ... " ala mak usu nih , heheheee " ... dah terkena lah tuh ...

Mieza Jhaa K said...

Tak eh...saya sdg menaip..hehe

Mieza Jhaa K said...

Tu la..pernah jgk kena tp dikalangan makcik la tanya macam ni...jadi kita jawab la dgn sopan..

Mieza Jhaa K said...

Haaha..pernah tanya bos dulu kt mana nk baiki phone...dia kata kat kedai basikal..

Nurul Aini said...

Hehehehe...kelakar lah. Tapi kalau kita buat betul2 memang biadap kan kak. Akak baca tak komen saya tulis ni? hehe..

Mieza Jhaa K said...

Akak tak baca..pakai reply je ni.. hehe

Remy hazza said...

he3...sesekali dpt jawapan mcm tu...sure rasa bengkak hati kan......he3

Mieza Jhaa K said...

Td kemain lg peramah...tiba2 bertukar jadi naga api..ambik kau..haha..