Assalamualaikum
Pasti anda pernah dengar ungkapan, "Bahasa menunjukkan bangsa". Daripada bahasa dan kata-kata yang dikeluarkan, orang boleh meneka dari mana kita berasal. Dari daerah mana, atau dari negara mana. Begitulah pentingnya bahasa sampaikan ia dijadikan penentu asal daerah seseorang hanya daripada kata-katanya.
Bahasa yang dikeluarkan juga menunjukkan kualiti seseorang. Adakah seseorang itu akan disebut memiliki keperibadian kasar, lembut, beradab, sopan santun, atau tidak sopan jika berbicara bergantung pada kata-kata yang dilontarkan dan juga bagaimana kata-kata tersebut diucapkan dengan gayanya sekali.
Jadi, waspadalah dan berpada-padalah kita dalam berbicara. Jangan sampai orang memandang negatif tentang keperibadian kita. Sesuatu yang tidak senonoh didengari tidak sepatutnya dibanggakan wahai anak muda.
~ Tengah lepak-lepak kat ruang tamu rumah tiba-tiba terdengar suara anak dara sebelah rumah "Weii bodo la natang nih!", dengan suara yang memecahkan kesunyian. Tak pernah seumur hidup saya sebut perkataan macam tu. Ya Allah, jauhilah anak-anak saya kelak dari bersifat sedemikian.
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment