Friday, 10 May 2013

Berbicara Sesuai Dengan Tingkat Pemahaman Lawan Bicara

Assalamualaikum

Dulu ada la saya bawak kawan balik rumah. Ayah saya ni jenis suka bertanya asal usul orang, tinggal kat mana, ayah nama apa, kerja apa?Si kawan saya ni pulak suka bercakap campur antara Melayu dengan Omputih. Maka, terlopong la ayah saya dengan kesiannya. Terpaksa saya jadi translator berhemah pulak bagi dia faham. Hmm selain daripada kawan saya tu, ada ramai lagi saya tengok bercakap macam nak tunjuk pandai dan tidak menghormati orang tua. Seyes saya kesian kat ayah saya yang ingin tahu sesuatu benda tapi tak faham.

Oh ayah ku tercinta. Alhamdulillah beliau masih sihat tanpa penyakit-penyakit kronik walaupun dah berumur 80 lebih. 

Every people have their world. 

Setiap orang mempunyai dunianya sendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kebiasaan, karakter dan tingkat bahasa yang berbeza-beza. Tingkat pemahaman mereka juga berbeza-beza. Bahasa di tempat kerja berbeza dengan bahasa di rumah yang lebih bebas dan fleksibel. Bahasa anak kecil usia 5 tahun tentu berbeza dengan bahasa orang dewasa yang lebih cenderong berfalsafah.

Oleh sebab itu, kita kena sesuaikan diri dengan bahasa yang difahami oleh lawan bicara supaya dia faham apa yang kita nak sampaikan. Jangan sampai kita bercakap dengan gaya pejabat kepada rakyat jelata yang tidak mengerti istilah-istilah sulit. Kecuali la kita orang Malaysia, dan pihak lawan orang Korea. Of course la masing-masing tak faham. Tetapi tentu ada bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris.


Thank you for reading my entry!

No comments: