Tuesday, 21 May 2013

Hidup Biar Cool

Assalamualaikum

Zaman sekarang ni zaman panas baran agaknya ataupun zaman manusia kaya dengan pendapat. Masing-masing ada pendapat dan pendirian. Tapi tu perkara bagus sebenarnya. Namun begitu walaupun kita ada pendapat kita sendiri, tak perlulah sampai menunjukkan sifat kurang sabar kita tu. Cukup sekadar cool dan tenang. InsyaAllah, sesuatu yang baik akan berlaku. Tak perlu la post kat FB dengan pelbagai kata-kata perli dan paling buruk cerca-mencerca.

Contohnya PRU13 baru-baru ni. Walaupun kita ada fahaman politik tertentu, tapi janganlah pula kita nyatakan ketidakpuasaan dengan cara yang kurang sopan terutamanya kat FB. Ia boleh menyebabkan perselisihan faham, perbalahan dan pandangan negatif orang kat kita. Simpan sajalah dalam hati dan pendam saja kemarahan tu. Sampai masa undi kita undi mana yang kita pilih. Tu baru cool. Nampak diam je rakyat jelata, tapi bila tiba pilihanraya keputusan kebabomm. Haha..baru pucatkan.

Tapi manusia sekarang begitulah, lagi-lagi sejak ada pelbagai laman sosial ni. Macam-macam kenyataan keluar. Mana betol mana salah tak taulah. Paling teruk mana 1 nak percaya ni?? Semua macam sama taraf jee.. see, menjatuhkan nilai.. Nilai apa? Kehormatan.. mereka akan kata "Hmm.. sama je".. Jeng jeng jeng..

So, biarlah orang yang selayaknya saja yang uruskan semua tu. Mereka tau lah nak buat macam mana. Tugas kita sokong melalui undi. Jangan sokong dengan mulut saja..po po po.. Apa faedah? Memburukkan lagi keadaan dengan menimbulkan perbalahan dan perpecahan umat Islam.

Sama juga bila kita tak puas hati kat seseorang. Tak payahlah dijaja sikapnya itu. Cukup sekadar dalam hati kita je. Untuk apa sebenarnya bagitau orang? untuk nak meraih simpati atau memuaskan hati bila dapat busukkan nama orang? Haa tunggu.. Bila kita pulak berada disituasi dia nanti.. Rasakan betapa pahitnya hempedu.


Thank you for reading my entry!

No comments: