Monday 20 May 2013

Resepi : Coklat Berkacang


Assalamualikum

Semalam 2 kali keluar pergi kedai gara-gara buttercup terlupa nak beli. Fuhh malasnya nak keluarkan kete dalam reban. Rasa macam nak jalan kaki je, tapi panas pulak. Tapi akhirnya Pencuci Mulut Coklat Berkacang saya berjaya jugak dibikin. Ingat taknak buat dah. Resepinya saya ambik dari buku ni..

Jangan pandang sebelah mata tau.. ia bukan sahaja untuk orang yang baru nak belajar memasak, tapi amat senang untuk belajar buat sesuatu makanan sebab setiap step ada gambar. Just follow.. tersangat mudah difahami.

Keluar cari barang-barang ni pun sampai 2, 3 kedai kena jelajah. Barang kek dah beli kat kedai kek, tapi biskut pulak takder, buttercup pulak lupa beli. Ayoyo macam-macam kau ni.

Ok, jom tengok resepi..

Bahan-bahan :


25gm mentega
50gm mentega kacang kasar (saya guna mentega kacang biasa je)
60gm serbuk biskut
65gm gula aising (boleh kurangkan sket untuk KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN)
225gm coklat masakan
1 sudu besar lemak sayuran

Cara-caranya :

1. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api perlahan.
2. Masukkan serbuk biskut dan dikacau rata. Saya guna biskut Jacobs Hi-Fibre, patah-patahkan dan diblend kering hingga menjadi serbuk.
3. Taburkan gula aising dan kacau hingga sebati.
4. Tekan campuran tadi di atas foil membentuk silinder supaya mudah dipotong. Tapi untuk menjimatkan masa, anda boleh juga menggotel-gotel menjadi bebola.

 Coklat
5. Satukan coklat dan lemak sayuran dan cairkan secara double boiler.
6. Letak sedikit coklat di dalam cawan kertas dan biarkan seketika.
7. Campakkan campuran mentega kacang tadi ke dalam cawan. Plup!
8. Sudukan baki coklat cair supaya menutupi mentega kacang tersebut.
9. Last, letakkan dalam peti sejuk hingga coklat keras.

Ok siap. Oleh kerana ia adalah pencuci mulut, jadi sebelum makan anda disarankan agar menggosokkan-gosokkan coklat berkacang tersebut kat bibir. Haha


Thank you for reading my entry!

No comments: