Tuesday, 7 May 2013

Saat Mencemaskan

Assalamualaikum

Pagi tadi lepas Mr.K pergi kerja, saya pun start kete pergi pasar. Eh, rajin pulak keluar ke pasar hari ni, mimpi ke apa. Tapi bosan betol kalau jalan tanpa 'bodyguard' kat pasar. Peniaga ikan bukan sekadar pandai meniaga ikan saja, membodek pun pandai. Pantang tengok wanita tulus mulus jalan sensorang. Makcik-makcik lain tak kena kacau la pulak. Cepat-cepat beli ikan dan blah dari situ. 


Masa on the way balik tu la sesuatu yang mendebarperutkan telah terjadi. Ni malas nak bawak kete ni. Baik bawak kete kebal lagi selamat. Saya mengekori sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang pakcik. Nampak ada pampers PETPET dalam raga motor dia. Baru dapat baby latuu.. Bukan main slow lagi sambil bersiul riang. Masa nak memotong motor pakcik tu, TIBA-TIBA saja dengan syoknya dia mengelak dari masuk lubang tepi jalan. Bukan main over dia mengiring ke kanan tanpa menoleh ada kerete ke tak. Saya yang tengah memotong ni secara autiomatiknya memulas stereng ke kanan. Mujur tak dilanggar kereta lain dari arah bertentangan.   

Errkk.. lembik tangan dan lutut saya seketika. Tu laa..air yang tenang jangan sangka tiada buaya. Tak pepasal jahanam kereta saya atau dengan saya-sayanya sekali. Nasib baik.. kalau tak, menangis tak berlagu la isteri dengan anak-anak dia kat rumah. Sila berhati-hati dijalan raya ye pakcik. 

Kepada penunggang motosikal.. 

1. Jangan mencelah-celah ditepi kereta semasa berada kat trafffic light. Kalau terlanggar cermin kereta orang macam mana? Nak ganti?

2. Jangan sesuka hati je melengcong ke kiri atau kanan. Nanti tak pepasal kena lenyekkan. Kecik buat cara kecik. Jangan otai sangat!

3. Banyak kali dah tengok penunggang motor ikut kenderaan besar terlalu rapat. Pastu kereta depan brek mengejut dan dia pun terus melanggar bontot kereta dengan enakknya. Saya perhati dari belakang dengan syoknya.

4. Sila patuhi lampu isyarat. Kalau dah merah tu berhenti je la. Jangan sampai kena lenyek kat tengah-tengah traffic light. Pengalaman ngeri yang dah berlaku kat Kota Bharu, Kelantan.


~ Ingatkan binatang apa la kat atas jalan raya. Nak kata kenderaan bukan, sebab ada kepala tapi bergerak laju. Laaa,, batman rupanya tengah menunggang motasikal. Kaki didepanya ke belakang. BADMAN!


Thank you for reading my entry!

No comments: