Tuesday, 28 May 2013

Sakit Tua vs Sakit Muda

Assalamualaikum

Orang tua..bila tua baru sakit. Tu pun sakit tua kebanyakannya. Orang muda..muda-muda lagi dah diserang pelbagai penyakit. Kalau boleh semua nak dikautnya, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang, hempedu, kanser usus, dan pelbagai jenis kanser lagi. Adakah orang yang lahir zaman moden ni kurang antibodi dan kualiti sistem tubuh badannya? Macam kereta zaman dulu, langgar lembu..lembu yang terpelanting. Kereta zaman sekarang bila langgar lembu, habis la remuk redam. Lembu terseliuh sikit je. Katanya untuk keselamatan pemandu dan penumpang. Bak kata semua dah tak berkualiti!

Bangga dengan ayah saya ni..umur dah melebihi 80 tahun, tapi masih sihat dan gagah perkasa. Just muka je nampak tua dengan kedutan didahi. Penglihatan dan pendengaran masih ok..ingatan pun kuat. Suka bercerita zaman muda mudinya yang extrem. Mr.K pun terkejut dengar cerita ayah diserang gajah dalam hutan..ditimpa kayu balak sepemeluk..dihiris mesin kayu balak kat muka sampai terbelah, relax je pikul mesin tu balik rumah. Kalau kita.. dah lama fengsan..haha

Ayah sejak muda sampai loni memang tak sentuh ayam bandar melainkan AYAM KAMPUNG ONLY. Daging import pun dia boleh cam.. inikan pula ikan kotak dari Thailand. Ajinomoto?? Jangan taruk dalam masakan ayah.. dia tak kan makan. Makanan ringan jauh sekali la.. kalau tengok saya makan meggie memang kena marah. Coklat ok laa.

Jadi apa makanannya?? Sekeliling rumahnya penuh dengan makanan berkhasiat.. ulam-ulaman, sayur-sayuran yang ditanam sendiri dan ikan yang melekat kat jala tepi rumah. Slurrpp sedapnya ikan keli goreng.. belut goreng pedas..Ikan haruan gulai kuning.. ku rindu masakan mak zaman kecik.

Dah tu, orang muda sekarang makan apa?? Mekdi, KFC, Pizzahut, dan segala mak nenek junkfood yang amat merbahaya untuk sistem tubuh. Langsung tak der zat. Cam hampeh je makanan sekarang.. harga bukan main mahal lagi. Penyakit pulak bertimbun..umur 50 dah kena pelbagai penyakit kronik. Ikut nafsu memang bisu, jadi fikir-fikirkan sebelum ketagih makanan Yahudi tu.


Thanks for reading...

No comments: