Friday, 14 June 2013

1 Rumah 2 Kereta.

Assalamualaikum.. Hari ni hari bercuti bagi kami yang tinggal kat Terengganu, dan juga hari gembira bagi seorang isteri macam saya. Tidaklah kesunyian macam selalu. Ada suami ke hulur ke hilir dalam rumah. Masa cuti ni macam-macam aktiviti dia buat. Kejap buang sampah, kejap cabut rumput belakang rumah, baiki itu, baiki ini. Rumah pun cerah sket sebab pintu terbuka luas. Biasa tertutup je, maklumlah tinggal sorang kenalah berwaspada. Saya pulak.. menghadap laptop, tunggu masa nak pergi pasar. Hehe.

Pagi-pagi panaskan enjin kereta kancil yang dah 12 tahun dipelihara ni. Masih ok sampai sekarang. Kancil ni abah Mr.K beli masa dia belajar lagi. Dah kerja pun still pakai kancil ni jugak. SETIA orangnya. Hehe.. 

Kereta lama kena la rajin servis. Baru habis RM400 tukar itu tukar ini. Kalau tak, rosak jahanam tak boleh pakai la kalau salah satunya rosak. Zaman sekarang ni kebanyakan rumah mesti ada sekurang-kurangnya 2 buah kereta. Kalau tak susah isteri nak ke mana-mana. Kaya rupanya warga Malaysia ni kan?


Thanks for reading..

No comments: