Assalamualaikum.. Sempena Hari Bapa ni, saya tergerak hati untuk berkongsi kisah keperkasaan ayah saya, Mahmood atau terkenal dengan panggilan Pok Mud. Ayah saya ni memang terkenal dengan keBERANIan, keGAGAHan dan keGARANGannya. Orang kampung memang tak berani nak lepas lembu sembarangan tau. Takut nanti lembu masuk ke dalam kebun Pok Mud yang luas terbentang tu. Kalau lembu tu dah ditangkap oleh ayah memang nak terkencing la si pemilik lembu tu nak mintak balik. Cakap manis pun tak der gunanya lagi.
Ayah saya dilahirkan pada tahun 1935 mengikut kad pengenalan. Jadi, umurnya sekarang 78 tahun. Tapi ayah kata, masa buat kad pengenalan tu ayah dah pandai melastik burung dalam hutan. Ohoii! maknanya umur ayah dah 80 lebih la sekarang. Tapi syukur alhamdulillah, beliau masih diberi kesihatan yang baik walaupun dah lanjut usia.
Asyik gambar sama je diulang tayangkan? hehe. Ayah saya ni kalau duk kat rumah selalu tak berbaju. Tutup dengan kain serban je dan pakai kain pelikat paras lutut. Ohh so syeksyi!
Menurut cerita ayah.. Tanah dan kebun milik ayah yang luas terbentang tu sebenarnya dulu hanyalah hutan tebal yang mempunyai pelbagai binatang buas termasuk harimau! Jadi ayah yang masih remaja waktu tu membuka tanah tersebut dengan bapanya Awang Mat, datuk saya ler. Jadi sampai sekarang tanah tersebut menjadi milik ayah dan adik-adiknya 3 orang lagi yang diberi nama Kampung Tembesu Comel. Tak ada orang lain yang tinggal sekeliling rumah. Hanya rumah tunggal disebuah kampung. Kalau ada rumah pun, ia hanyalah pondok untuk pekerja menetap kat situ.
Seingat saya..
Ayah sendiri yang bina rumah yang masih berdiri teguh sampai sekarang. Dulu rumah kayu, sekarang dah bertukar menjadi rumah batu. Bukan calang-calang kayu yang digunakan dan bukan juga kayu yang dibeli. Semuanya dipotong dan diproses sendiri. Kagum yang amat!
Ayah juga pernah meneroka tanah di Gua Musang yang memang tebal giler. Waktu tu saya berumur 4 tahun lebih. Sekali je saya pergi sana masa umur 4 tahun, ingat lagi tau. Waktu malam yang disimbahi cahaya pelita, pondok kami bergegar dengan hentakan kaki gajah. Ayah keluar menghalau gajah tu, sementara saya diam dalam pondok bersama mak. Wow kenangan yang tak boleh dilupakan!
Semasa di hutan Gua Musang tu jugak kawan ayah ditimpa pokok balak sepemeluk tapi berjaya diselamatkan. Kisahnya amat tragis! Ayah pula terkena mesin balak, tapi dah lupa kat mana. Kalau sekadar bermain kejar-kejar dengan harimau tu biasalah.
Pernah sekali ayah ternampak seekor makhluk macam orang utan tapi setinggi pokok balak. Tiba-tiba je binatang tu ada. Macam bigfoot yang gempar suatu ketika dulu. Sebenarnya ayah dah lama tahu. Ayah kata mugkin makhluk halus atau binatang di alam lain.
Semasa saya di tingkatan 3, sekali lagi mesin balak membelah muka ayah ( Ada parut disebelah kanan). Waktu tu, saya berada disekolah. Ayah sedang meneroka hutan belakang rumah untuk ditanam pokok kelapa sawit. Tapi selamba je ayah balik rumah dengan memikul mesin balak tu sambil menahan darah keluar dengan kain. Mujur kawan ayah datang dan bawak ke hospital. Luka yang sebesar tu memerlukan ayah berada dihospital selama seminggu. Tu pun sibuk nak balik rumah. Seminggu lepas tu dah start menebang balik. Ayoyo!
Dan banyak lagi sebenarnya kisah-kisah extrem tentang ayah.. kalau nak tulis kat sini memang berpulorlah mata korang menghabiskannya. Itulah dia kisah Ayahku Perkasa yang sebetulnya memang perkasa! Jadi tak mustahillah jika anaknya pun lasak macam tarzan.Haha
Saya bangga menjadi anak Pok Mud!
Thanks for reading...
No comments:
Post a Comment