Monday, 30 September 2013

Bagaimana Nak Jadi Pembekal?

Assalamualaikum.. Bila difikirkan balik betapa rakusnya saya dalam mengejar harta duniawi. Mujur tanggungjawab sebagai isteri masih lagi terlaksana walaupun kadang-kadang udang pun tak sempat masak gara-gara nak cepat. Makan separuh mentah, nak muntah! Haha


Sekarang saya giat menghasilkan kek slice untuk pelanggan datang beli kek dalam kuantiti yang kecil ikut kemampuan masing-masing. Bila kek yang saya hasilkan sedap dan laris bagai goreng pisang panas, ramai pula peniaga yang datang nak jadi dealer! Dan sekarang saya tengah pening memikirkan harga yang patut diletakkan serta keuntungan yang diperoleh, adakah berbaloi?

Namun, syukur alhamdulillah kerja saya masih lagi didalam syarat yang ditetapkan suami iaitu KERJA DALAM RUMAH. Cuma hasilkan kek dengan banyak setiap hari, sehari dalam 5 tray untuk kek slice. Bayangkan seorang wanita yang hanya mempunyai 2 tangan mampu menghasilkan kek sebanyak tu? Setiap hari macam lipas kudung. Haha.. Lepas raya insyAllah anak saudara dan bekas pelajar UITM sudi datang bekerja.

Walaupun penat, syukur alhamdulillah rezeki datang melimpah tanpa disangka-sangka. Mulanya nak buat kecil-kecilan sekadar menghilangkan boring dirumah. Namun lain pulak jadinya bila dah macam ni. Siap ada dealer lagi nak beli beberapa tray setiap hari! Adus, mampos den kalau tak ada pembantu.

Mujur blog masih lagi terurus walaupun sibuk. Petang ni nak pergi release tension kat Mesra Mall kejap sambil-sambil beli meja baru untuk buat kek. Lama dah tak pergi jenjalan, rumah mertua pun dah seminggu lebih tak pergi bertandang. Mak mertua pulak yang datang rumah tengok keadaan menantunya yang busy bagaikan lipas kudung.

#Sekarang saya aktif berfacebook sambil-sambil buat kek. Sesaja nak balancekan otak, nanti tiada aktiviti sosial takut jadi tension pulak akibat teramat letih. Jom layan saya di facebook fanpage Mieza Jhaa K. Sila 'LIKE' ye. Jangan segan untuk berbalas komen. Suka sangat, dapatkan hilangkan tension bekerja.

~Ohh rupanya saya ada peminat tegar yang suka baca entri-entri di blog ini secara 'silent reader'.. Terima kasih awak. :))))))))))))))

No comments: