Semalam Kak Ton dibawa oleh anaknya ke Kuantan untuk menjalani sesi rawatan pemulihan. Mungkin seminggu jugak beliau kat sana. Pagi-pagi lagi anak perempuan
Kak Ton datang mintak tolong jaga anak dan cucu Kak Ton yang masih bersekolah,
sebab cutinya dah habis. Terpaksa pergi kerja untuk menanggung kos Kak Ton,
adik dan anaknya. Siap bagi duit untuk belanja sekolah setiap hari. Maknanya
dalam seminggu ni saya bertanggungjawab untuk kejutkan budak-budak tu bangun
tido. Agak liat juga khabarnya. Haha
Tapi insyaAllah saya akan berusaha bangun awal untuk
kejutkan dan masak lebih untuk budak-budak 5 orang tu sekali. Walaupun baru
berkenalan hampir sebulan, tiada salahnya kita membantukan? Berat sama dipikul
ringan sama dijinjing. Semoga kelak bila saya pula berada ditempat Kak Ton,
Allah akan ringankan beban saya pulak dengan kehadiran seseorang yang baik dan
ringan tulang.
Berbuat baiklah pada orang sekeliling dan bantulah selagi
mampu. Jangan sesekali kita menyombong diri dengan kesenangan dan pentingkan
diri sendiri. Bantuan bukan beerti inginkan balasan. Tapi hulurlah kerana ihsan, keikhlasan dan kasih sayang sesama manusia.
Kata Kak Ton “ Terima kasih Za. Syukur Za pindah ke sini.”
Sebak pulak mendengarnya.. manja tak habis-habis...
Thanks for reading...
No comments:
Post a Comment