Wednesday, 12 June 2013
Bagaimana Makanan Terhasil?
Assalamualaikum.. Baru lepas buat PAVLOVA, tapi nampak macam kurang menjadi pulak. Mungkin sebab cepat sangat tutup oven gara-gara excited nak makan lepas Mr.K balik tadi. Buat kerja kalau tergopoh-gapah hasilnya pun tak berapa nak matang jugak, walaupun sebelum ni menjadi dengan bangganya. Pernah buat kek, tapi tak taruk gandum. Hahah! Memang teruk kau Mieza. Gandum tu asas sesebuah kek, tapi boleh dilupakan.
Kadang-kadang masa tengah menggaul tepung tiba-tiba terfikir, siapa la yang reka resepi kek ni? Bijak betol otak mereka. Kalau tak ada resepi ni memang tak terhasil la kot Chocolate Mousse Cake yang sedap tu. Lagi-lagi Cheese Cake yang agak complicated bahannya. Bukan susah, tapi bahan tu yang kalau difikirkan memang tak terhasil tanpa resepi. Kena ada cream cheese la, esen vanila la. Dah cream cheese tu pulak sapa yang reka? Macam mana mereka tahu yang esen vanila tu boleh menghilangkan hanyir telur? Wahh bijak-bijak otak manusia ciptaan Allah S.W.T. Memang tak tercapai dek akal untuk memikirkannya.
Tapi kita? Apa yang dah kita reka sepanjang hidup ni? Sekadar mempelopori sesuatu yang dah diciptakan orang lain. Kadang-kadang terfikir betapa bijaknya orang dulu-dulu yang masih berada dalam zaman yang agak mundur, tetapi boleh menghasilkan sesuatu yang berguna sampai sekarang. Namun kita sekarang, hanya pandai meniru. Kadang-kadang entry pun nak ditiru jugak akibat miskin idea. Adakah kita sekarang golongan yang kurang berkualiti dari segi pemikiran?
Tapi syukurlah, walaupun tak pandai mereka sesuatu kita masih boleh belajar dan mendalami sesuatu ilmu yang terbentang luas atas dunia ni. Macam-macam ilmu yang kita ingin tahu, tapi hanya secubit sahaja yang kita mampu kerana ia terlalu banyak. Belajarlah tanpa jemu selagi kita masih bernyawa. Jangan sia-siakan hidup kita yang singkat ni.
Thanks for reading..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment