Wednesday 26 June 2013

Bubur Nasi Carca Marba

Pagi ni hujan renyai-renyai membasahi bumi selepas beberapa minggu berpanas dengan jerebu mengkaburkan pandangan. Syukur alhamdulillah. Tapi beringat ye, hujan selepas jerebu bukan sebarangan hujan. Ia kemungkinan hujan asid! Jadi berhati-hatilah sebelum anda bertukar menjadi zombiii!!

Tengah hari tadi terfikir nak makan sesuatu yang ringan tapi sesuai dan sedap ditekak. So, benda paling senang ialah bubur! Ya, bubur nasi kegemaranku. Hehehe

Mula-mula basuh segenggam beras, tapi bila difikir-fikirkan balik ada baiknya saya berkongsi bubur ini dengan anak jiran. Tambah lagi setengah cawan beras, masukkan dalam periuk bersama air yang banyak. Buka api perlahan, lalu keluar menonton National Geographic. Beberapa minit kemudian saya mula terleka dengan MANEATER MANHUNT TIGER AT LARGE! Seram oo.

Tiba-tiba perut berkeroncong. Baru teringat ada bubur atas dapur. Apa dah jadi? Nasi kembang penuh periuk! Banyaknya? Dasyat, beras 1 cup bertukar menjadi 1 periuk. Lepas tu..

Campakkan..

Rempah kasar, bawang putih, halia.. ala, macam nak buat sup la
Pastu potong ayam kecik-kecik, masukkan.
Tabur sedikit serbuk lada hitam (entah resepi dari mana..reka sendiri)
Masukkan 2 ketul kiub pati ayam maggie
Tiba-tiba ternampak ikan bilis. Campak jugak sikit. Haha
Pastu teringin nak masukkan sosej pulak. Potong nipis-nipis 2 batang.
Pastu masukkan fish cake yang dipotong-potong.
Last, potong 2 biji cili. Biar rasa pedas-pedas sket dan ada warna merah-merah gitu.
Jangan lupa masukkan garam.

Sementara tunggu dia masak, saya potong daun sup. Batang beserta akarnya saya basuh bersih, tumbuk sket dan campak jugak dalam sup. Fuhh! Mesti dasyat rasa sup ni nanti.

Inilah hasilnya..

Tabur sedikit lada sulah, daun sup dan bawang goreng.. Ohhhh rasanya...urrmmm..memang tak pernah makan lagi bubur nasi yang sedap dan lain macam ni. Ini hanyalah tester. Jap lagi menambah pulak semangkuk penuh. Haha
Makan atas sofa,
Kalau tumpah padan muka.

Semua ni untuk anak Kak Ton. Mr.K tak makan bubur, tahu makan nasi dengan lauk pauk je. Untuk dia petang nanti pulak saya masak. Ni masakan untuk isi perut sementara je. Hihi


Thanks for reading..

No comments: