Thursday, 27 June 2013

Pembunuhan Kejam di Kampung Tokdor

Assalamualaikum.. Saya pun tak pasti tahun bila pembunuhan ni berlaku, sebab tak ada dalam diari. Yang pasti saya masih bersekolah rendah. Tapi yang menariknya ia berlaku semasa saya dan keluarga ada di tempat kejadian. Woww! Memang kebetulan.

Seorang lelaki telah dibunuh dengan kejam oleh 4 suspek pada malam Khamis, dipercayai kes dendam. Pada malam kejadian, lelaki tersebut menunggang motosikal keseorangan dan dipercayai telah dipukul dan diheret ke dalam semak sebelum dibogelkan, diikat dan dipukul beramai-ramai dengan objek tumpul sehingga mati. Mayatnya telah ditemui oleh seorang penoreh getah keesokan pagi di tepi sebuah pondok usang dengan kesan darah yang memercik pada pondok tersebut.

Agaknya begitulah berita utama yang tersiar di akhbar pada keesokannya. Sungguh sadis tapi saya amat-amat bersyukur kerana kami terselamat pada malam tersebut.

Masa tu dalam pukul 9 malam, saya bersama mak dan ayah dalam perjalanan pulang dari pasar malam berdekatan. Dalam 5 kilometer dari rumah. Kami melalui jalan yang sama dimana saya hampir kena rogol dengan budak lelaki. Ingat lagi tak? Baca SINI.

Lebih kurang macam ni lah suasananya, cuma jalan dah berturap.

Jalan yang bersemak dan gelap gelita tu disimbahi dengan cahaya samar-samar puntung rokok dalam semak. Nampak ada sebuah motor tersadai di tepi jalan tidak bertuan. Ayah berhentikan kereta dan keluar memantau sekeliling dalam beberapa minit. Senyap dan api rokok pun dah hilang. Ayah masuk semula dalam kereta dengan muka semacam dan mengatakan ‘macam ada sesuatu yang dirancang’. Takut jugak dengar kata-kata ayah tu.

Apa lagi..tepat sekali jangkaan ayah. Esok pagi riuh rendah dengan penemuan mayat berlumuran darah berbogel dan diikat dengan kesan darah yang banyak terpercik di pondok usang.

Dengar citer mangsa telah merogol anak tirinya sehingga mengandung. Jadi abang kepada perempuan yang mengandung, iaitu anak tiri mangsa berpakat dengan 3 lagi kawannya untuk membunuh mangsa pada malam tersebut. Anak tiri bunuh bapa tiri la kiranya. Rencana mereka berjaya, tapi mereka juga berjaya ditangkap dan dipenjarakan selama 4 tahun. 4 tahun je? 4 tahun darab 4 orang la kot.

Syukur alhamdulillah ayah tak disabitkan atau dituduh bersubahat ke apa. Maklumlah kami berada di tempat kejadian waktu tu. Paling menyeramkan bila pondok usang yang berlumuran darah tu kekal hingga bertahun-tahun lamanya. Tiap kali lalu jalan tu mesti nampak ada tompokan darah di dinding pondok. Tapi tak der pulak kedengaran tempat tu keras atau berhantu, selamba je saya jalan kaki balik dari sekolah.


 Thanks for reading..

No comments: