Friday, 7 June 2013

Happy Friday!

Cantikk tak? Haa berhempas pulas saya buat semalam tau. Basenya kek coklat perisa mocha. Ummpphh sedapp.. Untuk kek yang sebesar 10" ni saya jual dengan harga RM40.

Untuk pertunangan saudara saya kat kampung lepas solat Jumaat karang. Kejap lagi saya akan bertolak balik kampung. Happy blogging ye semua.. Malam ni atau esok saya akan balas balik komen-komen dan blogwalking, insyaAllah jika tiada apa-apa halangan. Hehe..

Di hari Jumaat yang mulia ni saya nak minta maaf beribu kemaafan jika ada tersalah kata, terkasar bicara, tergurau manja atau menyakitkan hati kalian sepanjang kita berkenalan dalam dunia blogging ni. Biasalah kita belum kenal hati budi masing-masing, pasti ada yang tidak difahami hanya melalui penulisan. Bila bersemuka baru kita tahu.. ooo.. baik orangnya..tulus orangnya..tanggapan disebalik tabir itu macam-macamkan?

Dan terima kasih juga kepada kalian kerana sudi membaca, sudi komen, sudi blogwalking walaupun sibuk. Tanpa anda semua apa la sangat blog saya ni kan. Ok semua, selamat beramal di hari Jumaat, banyakkan berselawat dan berzikir. Assalamualaikum.


Thanks for reading..

No comments: