Thursday, 6 June 2013

Teduhan Kasih.

Ada siapa-siapa yang mengikuti drama hebat kat TV3, Teduhan Kasih? Syok pulak layan kisah yang diadaptasi dari novel ni. Sungguh menyentuh hati. Ada ketika buat saya sedih, eh tiba-tiba marah pulak.. beberapa minit kemudian berdebar-debar pulak. Ni tak suka tersangkut dengan drama ni, STRESS! akibat terlalu menyelami. Tapi sebenarnya baru seminggu saya layan cerita ni, haha. Ini kerana masa yang tidak sesuai untuk menghadap TV, waktu MAGHRIB. Molek bebenor la ni, pakat cari alasan nak solat lambat takut terlepas cerita rekaan semata-mata. Tapi kan, iklannya lama giler. Siap boleh solat Maghrib + baca Yasin lagi tau daripada membuntang mata depan TV tak bergerak-gerak, baik pergi solat dulu.

Amboi Adi Putra. Macam takder bini kau kan?

Saya tertarik dengan layanan ibu tiri terhadap Iffa yang selayaknya digelar perempuan tak ada hati perut. Asal mak tiri je jahatkan? Tapi sebenarnya, itulah kenyataan. Ibu tiri tak sama dengan ibu kandung. Tapi jangan pulak terpengaruh dengan drama ni. Pasti ada ibu tiri diluar sana yang baik. Bila tengok cerita ni, hati saya berbisik "Ada lagi ke orang yang setabah dan sabar macam Iffa ni? Walaupun orang tolak kepala, tampar, hina..dia diam dan angguk je. Eeeii kalau aku dah lama kena penampar tawar. Dasar mak tiri takder hati perut."

Hehe.. sikap saya bila dihina saya boleh diam. Tapi kalau sampai tolak kepala, bagi penampar.. secara automatik tangan saya bagi karate kot. Biasalah tindakan reflek katakan, untuk pertahankan diri. Sebenarnya tak ada beza pun sikap saya dengan Iffa dalam cerita tu. Kisah kami pun lebih kurang sama kot.. Tapi bila dah begitu layanannya, pergilah cari tempat perlindungan lain. Allah ada bersama kita. Jaga solat, berdoa tanpa putus semoga mak tiri berubah.. semoga suatu hari kebahagiaan milik kita. InsyaAllah.

Syukur alhamdulillah, saya dah temui Teduhan Kasih setelah 24 tahun mencarinya.


Thanks for reading..

No comments: