Monday, 10 June 2013

Kak Ton Kena Strok!

Assalamualaikum.. Nampaknya video yang saya post pagi tadi tidak menjadi..hehe.. Terpaksa didelete. Tapi ia hanyalah video biasa-biasa saja, lagak macam pengacara tv gitu. Hehe.. Jangan terkejut dengan tajuk yang sedikit over sekadar menambah kontroversi. Ahak..

Ni nak citer hal gempak yang berlaku lebih kurang 10 minit lalu. Pagi tadi molek-molek ada jiran sebelah yang bernama Kak Ton berborak-borak dengan saya ditepi pagar rumah. Kak Ton sebelah sana, saya sebelah sini. Siap ajak saya join mereka pergi berkhelah ke pantai petang ni. Tapi terpaksa ditolak sebab saya agak segan ditambah pula Mr.K dah ada kat rumah waktu tu.

Bukan Kak Ton yang ni ye..

Lepas borak-borak, Kak Ton kata nak keluar ke kedai bersama anaknya. Tup tup 5 minit kemudian anak dia balik bagitau Kak Ton dah masuk hospital kena STROK! Innalillahiwainnaailaihirojiun.. Sekejap je kan kalau nak kena. Tadi ok je, takder sakit-sakit takder tanda-tanda. Tapi tiba-tiba pengsan dalam kereta masa on the way ke kedai. Dan sekarang Kak Ton dah dihantar ke Hospital Kuala Terengganu.

Semoga Kak Ton cepat sembuh dan tiada kesan sampingan dari strok tersebut. *Menunggu berita semasa dari anak Kak Ton.

Teringat kat ayah di kampung. Macam mana kalau terjadi kat ayah perkara ni? Dah la ayah suka merayap dalam hutan sorang-sorang cari akar kayu dan ulaman. Semoga ayah dilindungi dari musibah dan penyakit yang kronik.

Thanks for reading..

No comments: