Assalamualaikum..
Suatu hari Mr.K bertanya, macam mana kalau dia kerja offshore. Maknanya sebulan dilaut sebulan didarat la. Belum jawab apa-apa perasaan dah down. Muka dah merebeh ke bawah, rasa nak nangis sekarang tu jugak! Dasar anak manja, susah. Tu baru bertanya, tak ambil keputusan untuk pergi lagi. Tarik nafas dalam-dalam, fikir sejenak dan bagi pandangan dengan cool.
Bagi saya cukup dah apa adanya sekarang ni dan tidak perlu lagi mengejar gaji yang dua kali ganda lebih besar dilaut kerana risikonya juga adalah dua kali ganda. Banyak perkara yang bermain difikiran, bukan sekadar tidak boleh berenggang. Kebahagiaan yang dilalui selama ni sudah cukup dan tidak perlu ditambah dengan harta bertimbun. Kalau diikutkan, semua harta dunia kita nak kejar. Tanah berhektar, rumah dua tiga buah, aset kiri kanan. Tapi semua tu tidak menjamin kebahagiaan jika salah seorang atau keduanya sibuk mengejar harta dunia.
Bila kesunyian, bersendirian tanpa tersayang disisi apa-apa saja boleh berlaku. Memang kita setia, tapi tanpa kawalan seorang suami apa la sangat seorang perempuan mampu dalam soal menjaga diri? Biasa kemana-mana walau ke pasar, suami menemani. Apa-apa sahaja masalah perlu berkongsi dan berbincang. Pendek kata, semuanya memerlukan bimbingan dan pendapat suami. Bila suami tiada, risiko ke arah negatifnya tetap ada. Bukan tidak percaya kepada diri sendiri, tapi akal seorang perempuan bagi saya amatlah pendek.
Kalau difikirkan balik memang semua tu hanyalah perasaan sementara sahaja. Wanita yang kuat mampu hadapi apa sahaja rintangan hidup walaupun tanpa suami disisi. Tapi jika difikir dari segi kewangan, kebahagiaan, semuanya dah cukup. Tidak perlu ditambah dan berenggang semata-mata demi mengumpul harta duniawi. Kecualilah jika kita dihantar oleh syarikat untuk bekerja disana.
Panjang lebar saya memberi penerangan. Kadang-kadang Mr.k tersenyum sendiri, tanpa sedar sebenarnya ia hanya ujian untuk seorang isteri. Tahap manakah pemikiran seorang isteri dalam soal kewangan, mata duitankah? tak cukup lagi kah? Dan sejauh mana tahap pemikiran isteri terhadap perlunya seorang suami disisi, berperanankah? pentingkah?
Begitulah sifat orang pendiam macam Mr.k. Kadang-kadang tiada soalan yang spesifik ditujukan. Tapi soalan berupa kiasan mampu memberikan dia jawapan yang bagus dan tepat.
Dengar dari minit 0:59 sahaja. Yang lain tak berkaitan.. hehe
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment