Saturday, 8 June 2013

Of Course Tidak!

Assalamulaikum..

Hai boggers and readers.. Bestnya saya rehat-rahat dari dunia blogging hari ni kan? Mesti ada yang tertanya, mana si Mieza ni. Ku tungu-tunggu tak datang jua. Sebenarnya hari ni saya pergi servey kedai banner kat kawasan Dungun, mana paling cantik paling murah serta mudah berurusan.. pendek kata memikat hati saya. Kena cerewet you bab-bab macam ni..kena yang tidak puas hati nanti mula la komen sana sini. Jadi, nak yang terbaik kita dulu kena berusaha. Untuk apakah banner tersebut? Untuk bukaan perniagaan kek yang saya usahakan sendiri, dengan jolokan Kek Cinta. Kisah tentang Kek Cinta tu akan saya update kemudian.

So, saya dah jumpa kedai banner yang memang owesome. Harga juga lebih murah dari semua kedai banner kat Dungun! Masuk je kedai, terus dilayan dengan baik. Terus bertanya nak yang macam mana, banner untuk apakah, berapa kakikah mahunya.. siap nak email lagi bila dah siap nanti untuk pastikan kita betul-betul puas hati. See, inilah perniagaan yang kita cari.

Ok, kepada sesiapa yang berada di kawasan Paka, Dungun, Kemaman dan Temerloh bolehlah serbu kedai Smart Printing ni di alamat yang tertera.

Tamat bab iklan, kita masuk isi kandungan kepada tajuk di atas. Tetiba teringat kat ragam manusia disekeliling kita yang suka bertanya dan mengambil berat hal orang disekeliling hinggakan naik muak si tukang kena jawab. Bagi saya, biasalah tu.. hidup kena saling ambil berat serta ambil tahu hal orang sekeliling. Jangan hidup semata-mata untuk bawa haluan sendiri. Tapi kadang-kadang pertanyaan demi pertanyan buat kita rasa muak serta mual untuk menjawabnya. Sudah tentu ada juga yang terguris bila keadaan tidak sesuai untuk sesuatu pertanyaan.

Ramai yang bertanya, "Eh, tak ada isi lagi? Lama dah kan kawin.. merancang la tu"

Paling teruk bila ada yang bertanya. "Kau bila nak ada anak?"

Jawapan yang paling sesuai hanyalah, "Ada la tu nanti. Takder rezeki lagi nak buat macam mana"

Soalan paling sempoi bila kita amat memerlukan sesuatu tapi dikatanya kita tidak mahu. Haha, rasa nak ketawa. Patutkah saya merancang untuk mendapatkan baby? Sudah tentu tidak. Tidak pernah sesekali berfikir untuk berbuat sedemikian. Kalau boleh saya nak zuriat awal sebelum menjejak umur 30 tahun. Tapi itu semua kuasa Allah, hanya Dia yang tahu bila masa yang sesuai untuk kita peroleh zuriat.


Thanks for reading..

No comments: