Saturday, 22 June 2013

Perasan Lebih.

Assalamualaikum.. Cori-cori cupke-cupke..busy pulak 2 hari ni. Biasalah hari cuti, layan suami ler. Ahak ahak. Tadi tengah belek-belek diari lama, terjumpa kisah pasal Si Jerawat yang bertajuk PERASAN LEBIH!! Dia ni budak lelaki idaman kalbu budak-budak perempuan, termasuklah saya. Hehe

Cerita Dragon Ball wajib ada dalam diari ni.

Si Jerawat ni sekelas dengan saya sebenarnya, malah sekampung pulak tu. Tapi masalahnya saya benci giler kat perangai Si Jerawat yang otai, harapkan muka je hensem. Tapi dalam hati ada satu perasaan antara kami. Haha.. perasan!

Petang Selasa, 31 Julai 2002

Pulang dari sekolah. Lewat pulak bas 21A datang. Sedang tunggu bas, tiba-tiba ternampak Si Jerawat. Asyik berpaling ke arah aku, kenapa? Sebentar kemudian ayah dia datang dengan motor. Masa lalu depan aku sempat lagi memandang. ??? Kenapa??? (Dalam hati suka bukan main dengan mata ada gambar LOVE)

Pagi Khamis, 8 Ogos 2002

Fuyyooo!!!!.. Hensemnya....!!!! Hari ni Si Jerawat berbojen baru la..berduri macam landak. Dah la putih. Nampak macam hantu pocong.

Haa.. gedik tak saya zaman sekolah? Masa ni tingkatan 4. Tapi saya bukan jenis bercinta cintas dengan budak sekolah. Semuanya tak menepati citarasa. Dulu saya bukan jenis sweetgirl. Dengan muka garang dan sombong, jalan laju, galas beg besar, muka hangus..sapa la yang hingin. Tapi sekadar dihormati sebab saya pelajar pintar  Matematik dalam kelas. Kalau tak der saya keluar spring kot mereka nak siapkan kerja Addmaths. Hahaha..

~ Sekarang ni saya dengan Si Jerawat ni tak gaduh dah. Baru-baru ni dia ada hantar mesej kat saya dalam FB. Terkejut jugak. Ingat lagi dia kat saya rupanya (kembali perasan). 


Thanks for reading..

No comments: