Sunday, 2 June 2013

Tangani Stres Dengan Efektif


Assalamualaikum

Selama kita hidup atas dunia ni memang tak boleh lari dari perasaan serabut, gundah gulana dan stress. Semua dugaan tu buat hati kita tidak tenteram. Walaupun sedikit, hati kita tetap terjejas meskipun sedaya upaya kita bertenang dan cool. Carilah jalan yang sesuai agar kita dapat menangani rasa stress dengan efektif.

Luahkanlah.
Apalah daya kita untuk menanggungnya seorang diri. Amat berat dan terbeban sehingga tiada lagi senyuman manis diwajah. Luahkanlah perasaan yang terbuku itu agar kita tidak rasa kritikal dan semakin tertekan dengan perasaan sendiri. Ia sebenarnya amat merbahaya untuk dipendam. Carilah teman atau ahli keluarga untuk meluahkan segala masalah. Adakalanya orang lain mampu memberi pandangan secara relevan yang boleh menenangkan, insyaAllah. Namun, jangan pula tersalah luah kepada orang yang tidak selayaknya, semakin buruk jadinya. Dan sebaik-baiknya luahkanlah pada Yang Maha Esa kerana Dialah pendengar yang baik.

Bertenanglah.
Macam mana untuk bertenang jika masalah tidak juga selesai? Memang senang untuk berkata 'tenanglah', 'sabarlah' namun orang yang tidak menanggungnya tidak akan memahami kesakitan kita. Jadi alternatif yang paling mudah, carilah keseronokan yang membuatkan kita boleh terlupa dengan bebanan tersebut. Bukan keseronokan berupa perkara sosial yang melaghokan, tapi sesuatu yang bermakna untuk menggembirakan hati.

Berehatlah.
Kesibukan yang terlampau tanpa henti buat kita stres. Terutamanya seorang isteri contohnya, yang memegang pelbagai tugas untuk dilaksanakan. Ia memang memenatkan bukan sekadar penat tubuh badan, tetapi penat mental. Luangkanlah sedikit masa dalam kesibukan harian kita dengan merehatkan badan dan minda untuk recharge semula tenaga dan semangat yang semakin lemah. Berehat juga amat penting untuk kualiti sesuatu tugasan yang bagus kerana kerja yang diselesaikan bersama stres, hasilnya memang stress.

Tidur nyenyak.
Biasanya orang yang mengalami stres agar sukar untuk tidur dengan lena. Perasaan yang gundah buat otak sentiasa berfikir. Ini menyebabkan kita setiasa terjaga ditengah malam dan fikiran asyik menerawang memikirkan masalah duniawi. Sebelum tidur, amalkanlah bacaan dari surah-surah tertentu agar hati kita tenang dan berdoalah semoga semuanya dapat diselesaikan. Tidurlah secukupnya agar kita beroleh tenaga dan semangat baru keesokannya.



Thanks for reading..

No comments: