Thursday 18 July 2013

Bukan Tak Sayang, Tapi Tak Pandai.

Assalamualaikum.. Ramai isteri yang tidak faham dengan sikap suaminya yang tidak meluahkan rasa cinta dan sayang selepas kawin. Sebelum kawin kemain lagi berayat romantik. Perkara ini menimbulkan rasa sakit dalam hati isteri. Lama-kelamaan boleh menjadi bisul dan meletus.


Kata Dr.Hm Tuah Iskandar..

“Kalau mengharapkan lelaki kata I love You selepas kahwin memang tak dapat. Orang lelaki bukan tak sayang, tapi mereka tak pandai melahirkan kata-kata sayang itu. Pada orang lelaki ini remeh saja, jadi mereka rasa tak penting untuk disebut-sebut selalu. Dalam kata lain, orang lelaki memang buta kayu dari sudut ini setelah berkahwin. Mereka hanya pandai sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin, usah haraplah mereka kata sayang, cinta, kasih dan sebagainya, memang tak dapat.”

Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu pertama, kurangkan mengada-ngada, kedua merajuk sesekali sahaja dan ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan. Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu.

Thanks for reading..

No comments: