Thursday, 18 July 2013

Selesaikan Sebelum Kembali MenghadapNya.

Assalamualaikum..
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Bukhari)

Kita dituntut menyelesaikan segala kesalahan di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat, di mana jika ada apa-apa hak orang yang terambil mestilah dikembalikan dan jika tidak dapat hendaklah meminta perlepasan daripada pemiliknya.

Termasuk juga hak-hak Allah SWT. Hendaklah diselesaikan seperti qada amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan.

Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti orang adalah dosa. Oleh itu kita segeralah meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan. Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

Thanks for reading..

No comments: