Monday, 8 July 2013

Catatan diari dan fobiaku pada jalan lurus.

Assalamualaikum..

18hb Mac 2009.. Saya sedang memandu kereta pertamaku, Iswara hitam 1.3 dengan kelajuan 140km/jam melalui jalan Penarik untuk balik ke tapak projek Taman Ilmu di Beting Lintang, Besut. Kelajuan yang agak tinggi tu buat stereng kereta bergegar dan keadaan agak kurang selamat walaupun berada di jalan lurus.

Fikiranku kacau memikirkan dia. “Aku tak faham apa yang sedang aku lalui.. aku tak faham perasaan dia.. mungkin benar dia hanya anggap aku kawan.. sekadar teman, sekadar untuk menceriakan aku. Hati ini merasa sesuatu. Bila dia jauh.. dia datang dalam mimpi. Mungkin ia hanya mainan tidur. Dia orang yang aku dambakan.. beriman..baik..slow..memahami aku..hidup sederhana..tak bangga diri. Aku perlukan dia..Tapi, adakah dia UNTUKKU?”

Tiba-tiba di tepi jalan yang lurus tu saya lihat sebuah kereta Honda City dengan keempat-empat tayarnya berada di atas. Seorang lelaki berdiri dengan mukanya menunduk ke bawah di sebuah batu, seperti orang sedang kecewa. Mungkin tuan kereta tersebut. Beberapa orang kampung sedang mengerumuni kereta tersebut sambil menunjuk-nunjuk ke arah seekor kambing yang sedang meragut rumput tidak jauh dari tempat kejadian.


Hmm..mungkin kambing tu penyebab mengapa kereta tersebut terbabas ke tepi jalan lalu terbalik. Mujur tuan kereta tidak cedera parah. Tapi keretanya rosak teruk. Jalan yang agak luas, lurus dan sepi tanpa kereta pun boleh terjadi kemalangan? Secara tiba-tiba saya terus perlahankan kereta. 80km/jam sudah cukup kerana diriku begitu berharga.

Kerana saya dapat rasakan.. DIA UNTUKKU.

Thanks for reading..

No comments: