Sunday 28 July 2013

Dari Nafsu Naik ke Otak Turun ke Hati.

Assalamualaikum.. Pagi tadi dapat maklumat dari seseorang mengatakan saya dikutuk kat belakang atas sebab yang saya pun tak pasti. Amboii..sedap mengatakan orang. Padahal semalam kat depan bukan main baik lagi. Siap suruh pos barang kat dia. Ucap terima kasih pun tak lagi, ada je yang tak kena ek. Kalau macam tu semalam bermuka-muka je lah. Depan manis belakang masam.

Apa lagi, tahap kemarahan saya meningkat mendadak di pagi hari. Amat tak suka orang mengata kat belakang. Tak tahu apa salah saya sebenarnya. Rasa nak call masa tu jugak, niat di hati nak marah dia balik. Tapi saya biarkan dulu. Sabar-sabar.


Kemudian keluar pergi pejabat pos, menyelesaikan pertolongan orang walaupun dah tahu si tuan empunya punyalah masam kat belakang. Dalam hati, "Eeeiii.. kalau tahu perangai macam tu, takder masa nak tolong. Kalau tak puas hati buatlah sendiri. Tak payah mintak tolong orang!" Saya membebel dalam hati. Nafsu marah masih lagi 90%.

Balik dari pejabat pos, buat kek untuk tempahan petang ni. Dalam hati masih lagi bergelora. Mujur menjadi jugak sebiji kek. Kot bertukar jadi seiji penumbuk, naye!

Tak lama kemudian, "Ahh, tak der masa aku nak call marah-marah orang. Nanti makin buruk jadinya. Orang macam tu langsung tak makan saman kalau kita bagi amaran sekalipun." Tahap kemarahan turun 50%.

Tengah tunggu kek masak, termenung kejap kat meja sambil beristighfar banyak-banyak. "Buat apa nak marah-marah? Dah perangai dia macam tu, lantak dialah nak kata apa. Manusia ni macam-macam pi'il. Nanti kalau dipanjangkan cerita makin buruk jadinya. Tak pasal-pasal kita pun buruk jugak."

Sekarang.. kemarahan tu dah hilang!

Macam nilah sikap Mieza Jhaa dari kecik sampai besar. Langsung tak pandai pertahankan diri. Pandai diam jer. Dan menulis diari. Haha

Thanks for reading..

No comments: