Sunday 28 July 2013

Panas! Lemas!

Assalamualaikum.. Tadi lepas selesai urusan kat pejabat pos, saya masuk ke dalam kereta yang di‘parking’ tengah panas. Walaupun dah dipasang tinted tapis haba, ia tetap membahang. Kemudian saya teringat kat budak 3 tahun yang meninggal dalam kereta minggu lepas kerana heatstroke setelah ditinggalkan ibunya selama 5 jam dalam kereta. Sungguh kesian.

Budak 3 tahun mati lemas dalam kereta.

Saya masuk ke dalam kereta dan tutup pintu tanpa menghidupkan enjin. Cuba merasai penderitaan budak tersebut. Memang panas.. dan terasa lemas!

Tak sampai 2 minit, rasa macam nak pitam dah. Baru 2 minit. Kalau 5 jam? Matilah seorang blogger kerana fullstroke! Haha

Thanks for reading..

No comments: