Wednesday 24 July 2013

Graduan Ramadhan : Jangan Complain!

Assalamualaikum..  Bulan Ramadhan bulan untuk banyak-banyakkan bersyukur. Ketika berbuka puasa di masjid jangan complain makanan yang disediakan. "Seketul je daging?", "Laa..nasi banyak ni je?", "Kenapa nasi keras bang?" Jangan komplen-komplen ok! Sebab makanan itu Allah yang beri kepada kita. Dengan ujian makanan yang Allah bagi pun kita tak mampu hadapinya, inikan pula ujian lain yang lebih besar. Ingatkan diri masing-masing bahawa jangan sekali-kali complain dan makan apa adanya.


Jika tak suka makanan tersebut, terlalu pedas sampai ternganga ke..

Pertama cubalah tarik nafas dan lepas. Untuk kunci mulut dan lidah kita dari terus complain, "Pedasnyaaaa!!!"

Kedua sebut alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Puji Allah dulu sebab Allah telah memberikan kita lidah untuk merasa, sebab Allah masih bagi kita iman sewaktu kita makan benda tak sedap.

Ketiga berdoa, Ya Allah ampunkanlah aku.

Biasanya lepas kita buat ketiga-tiga ni, pasti kita tak complain dan buat mimik muka yang buruk gara-gara makanan tak sedap. Sebab Allah dah kunci hati dan lidah kita serta memberi perlindungan untuk kita supaya tak menyebut perkataan tersebut.

Thanks for reading..

No comments: