Thursday 25 July 2013

Graduan Ramadhan : Jangan Menghalang Perjalanan.

Assalamualaikum.. Ok, tazkirah Ramadhan kita pagi ni bertajuk "Jangan Menghalang Perjalanan" demi untuk mencapai matlamat kita ke arah Graduan Ramadhan. Ehem..Ehek! Jadi ustazah jap..hehe

Jangan Menghalang Perjalanan.

Sedang kita berjalan-jalan, tiba-tiba terlanggar batu lalu terjatuh. Maka kita ambil batu tersebut dan buang ke tempat lain agar orang lain tak mengalami nasib yang sama. Sapa yang melihat kita waktu tu? Allah yang melihatnya.


Tetapi kita hari ini kerana nak mengejarkan pahala solat terawih berjemaah, terus parking kereta merata tempat sehingga menghalang laluan kereta orang lain.

Kita bleh fikir logik, orang yang datang ke masjid waktu tu ada yang uzur terutama orang tua, ada yang mengantuk dan tak sabar nak balik tidur, ada yang nak balik cepat kerana ada urusan dan sebagainya. Bayangkan kita berada di tempat mereka, dan melihat kereta dah kena 'block'. Sedangkan masa tu kita ada urusan yang tersangat penting. Sungguh kesian. Nabi kata, "Serendah iman, ialah mengalihkan sesuatu di jalanan." Jadi fikir-fikirkan sebelum membuat sesuatu perkara.

Biarlah kita terpaksa parking dan berjalan kaki jauh sket, asal tidak menghalang perjalanan orang dan sudah tentu ganjaran yang setimpal sedang menanti di akhirat kelak.

Thanks for reading..

No comments: