Friday, 12 July 2013

Jangan Disebar, Jadikan Iktibar.

Assalamualaikum.. Jangan disebar keburukan orang yang tidak elok dimata kita, tetapi jadikan iktibar atas apa yang terjadi ke atas mereka. Kerana tidak selamanya mereka bergelumang dengan dosa dan tidak selamanya kita berada di atas. Suatu ketika bila kita berada di tempat mereka baru kita merasa keperitan mereka dulu.
Ada orang pernah terlanjur dengan kekasih sehingga mengandung. Tetapi sekarang dia sudah berkahwin dan hidup bahagia dengan lelaki tersebut, malah telah berjaya dalam perniagaan. Manusia pasti tersilap langkah kerana cintanya kepada manusia melebihi cinta kepada Allah. Tetapi kini dia sedar akan semua kesilapannya.

Ada orang pernah menduakan isterinya di pejabat tanpa pengetahuan sesiapa. Tetapi kini, dia telah menyesal akan perbuatannya dan kembali menyanyangi isterinya yang setia. Kita yang tahu, jangan sebarkan dan runtuhkan rumahtangga orang. Kalau dulu dia kaki perempuan, kini dia kaki masjid. Kita bagaimana pula? Sudah menjejak kaki ke masjid atau belum?

Ada orang pernah menjadi suami dan ayah yang bengis, sehingga anak-anak membencinya. Tetapi kini dia telah menjadi ayah dan datuk yang penyanyang. Manusia berubah seiring dengan peningkatan umur. Terimalah dia seadaanya, kerana dialah satu-satunya ayah kita dan tiada penggantinya lagi.

Ada orang pernah merampas suami orang yang mempunyai anak yang ramai sehingga isterinya terpaksa menanggung anak-anak kecil demi sesuap nasi. Tetapi kini dia menjadi ibu tiri yang baik dan menyanyangi kita seperti anaknya sendiri. Jangan didendami akan apa yang telah ditakdirkan untuk ibu bapa kita. Pasti ada hikmah kenapa mereka berpisah dulu.


Kita..sebagai orang yang melihat segala kejadian, jadikan iktibar atas apa yang terjadi. Tidak perlu dibenci, dikutuk, dan disebarkan lagi cerita-cerita itu. Hormatilah mereka yang sedaya upaya ingin melupakan kesilapan silam. Kerana nasib kita belum tahu lagi macam mana dan tidak selamanya kita terlepas dari melakukan kesilapan.

Thanks for reading..

No comments: