Friday, 12 July 2013

8 Tips Berselera Ketika Bersahur.

Assalamualaikum.. Sahur pagi ni bangun dengan keadaan yang terhuyung-hayang. Baru 2 hari berpuasa, adakah saya telah kehilangan segala zat dan vitamin? Ini semua gara-gara mimpi semalam. Terjaga pukul 2 pagi dengan keadaan kepala sakit kena PUKUL!! Sapa yang pukul kepala aku ni?? Kemudian sambung tidur lagi. Bangun pulak pukul 4.30 pagi sambil menggosok-gosok kepala. Sakit ke tak sakit sebenarnya? Sakit betol ke sakit dalam mimpi je? Ahh pening-pening..

Depan mata ada lauk ikan..ikan..dan ikan.. Perangai budak kecik timbul pulak di pagi hari.. NAK MAKAN AYAM! Tak selera pulak..Adoii..

8 Tips Berselera Ketika Sahur.


Haa..nak bagi tips sket bagaimana nak suruh rasa selera tu datang.. Pertama sekali of ourse la kena

1. Masak makanan kegemaran. Tekak saya ni kalau bangun sahur nak jugak kuah bersantan. Ikan goreng pandang sebelah mata je. Nak jugak siakap 3 rasa, tak pun ayam goreng pedas. 

2. Tidur awal selepas berterawih. Nanti liat pulak nak bangun sahur.

3. Gosok gigi dulu okay! Dengan gigi tak bergosok, terus makan. Eeeii berselerakah anda?

4. Cuci muka dulu bersih-bersih. Jangan makan dengan keadaan taik mata bertempek-tempek. Karang orang lain pulak yang hilang selera.

5. Panaskan lauk-pauk. Kalau dah masak dari semalam, sebelum makan kena la panaskan dulu. Baru rasa kesegaran dan keenakannya. Samalah juga dengan nasi. Panaskan dulu baru berselera nak makan. Tak pun bangun awal, masak nasi sebelum sahur lagi bertambah-tambah seleranya.

6. Air panas yang best-best itu penting selain dari air masak. Milo panas ke, kopi o ke.. Rasa sedap sket tekak yang dibasahi air manis. Lepas tu bilas dengan air masak atau air suam pulak. Bagi sesiapa yang suka minum susu, ia juga bagus untuk membekalkan tenaga.

7. Kurma juga penting untuk menjana tenaga ketika berpuasa. Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji. Kalau tak berselera makan atau tak sempat, cepat-cepat kunyah kurma je. 

8. Suasana waktu bersahur juga mempengaruhi kadar selera kita. Makanlah secara beramai-ramai samada dengan keluarga atau bersama kawan. Elakkan dari bersahur sorang-sorang.

Itulah sahaja tips yang dapat saya berikan kepada anda semua. Kalau ada lagi penambahan, cadangan, idea dan sebagainya bolehlah dikongsikan di ruangan komen.

~ Kurangkan makanan yang masin terutamanya ikan masin,telur masin dan BUDU ketika bersahur. Makanan masin boleh menyebabkan tubuh kehilangan air. Anda akan rasa cepat dahaga.

Thanks for reading..

No comments: