Assalamualaikum.. Kemana MieJhaa menghilang? Adakah dia telah bersara dari berbelog? Apa akan jadi kepada blognya jika dia tidak mengupdate blog? No! Saya masih belum mengalah dan tak akan bersara. Alhamdulillah walaupun tak di 'update', blog masih dibanjiri manusia yang tersesat, blogger yang mencari entry baru, serta pembaca yang datang dari entry paling atas bila di 'google'. Hehe
Oklah, di situ sahaja kemerapuan di subuh hari. Perut pun dah kekenyangan membaham ikan patin bakar yang dibeli kat Kepong semalam. Sebenarnya, seawal pukul 7 pagi kami bertolak ke rumah datuk Mr.K di Kepong, Kuala Terengganu dengan niat ingin menjenguk dan berbuka bersama. Di bulan puasa yang mulia ni, rajin-rajinlah balik menjenguk orang tua di kampung. Gembiranya mereka bila anak cucu balik dan memeriahkan suasana. Makan pun lebih berselera.
Tokki Eid, BUKAN SEBARANGAN tokki. Setiap hari pasti didatangi pengunjung dari kalangan anak muda hingga ke tua kerana sikap baik dan penyanyangnya. Sekarang dah semakin uzur dan mengalami masalah kencing tersumbat. Terpaksa pakai wayar dan membawa beg kencingnya kesana kemari. Umur dalam lingkungan 80 tahun, kemungkinan sebaya dengan ayah PokMud.
Kalau sesiapa yang perasan, Tokki Eid ni pernah menghiasi papan iklan di atas jambatan Kuala Terengganu 2,3 tahun lepas bersama seorang budak. Sempena menyambut tetamu yang datang ke Kuala Terengganu. Mungkin muka Tokki Eid ni mempamerkan wajah orang Terengganu sebenar.
Oklah semua, bagi menghilangkan rasa lali di pagi hari, izinkan saya menyelongkar blog kalian untuk membaca dan mengomen entri-entri semalam. Maafkan saya jika ada blog yang terlepas pandang 2,3,4 hari ni. Mungkin daya tumpu dah berkurang bila petang menjelang. Jadi blogwalking mana yang sempat sahaja. Jangan risau, sebab blog anda sudah di 'bookmark'. Jadi cepat atau lambat, saya pasti datang mengomen semua entri yang belum dibaca.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment