Tuesday, 23 July 2013

Mencegah Gastrik Dengan Kurma.

Assalamualaikum.. Syukur  alhamdulillah, lama dah tak diserang gastrik sejak besar panjang ni. Dulu zaman tingkatan 4 tiap-tiap bulan berguling-guling kesakitan. Perit dan serik. Bagi sesiapa yang ada penyakit gastrik pasti risau setiap kali tibanya bulan puasa. Awal-awal lagi dah sediakan stok ubat gastrik secukupnya.

Lepas ni anda tak perlu risau lagi sebab ada ubat mencegah gastrik yang berkesan untuk kalian semua. Iaitu dengan cara merendamkan tiga biji kurma ke dalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Pada waktu berbuka, makan kurma terlebih dahulu disusuli dengan susu. InsyaAllah tiada lagi gastrik selama berpuasa dan boleh beramal dengan sihat dan cergas.


Sebenarnya, orang yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

Thanks for reading..

No comments: