Friday 26 July 2013

Pencetus kemaksiatan di kalangan remaja.

Assalamualaikum.. Ketika itu saya sedang asyik mengemaskini akaun petty cash dan statement gaji pekerja. Fikiran sedikit bercelaru sebab tengah hari nanti kena pergi ibu pejabat selesaikan hal gaji subcontractor. Kenapa bercelaru? Sebab hari ni tak bawak kereta. Kenapa tak bawak kereta? SEBAB SEMALAM AKU DAH LANGGAR TIANG API! Kisah langgar tiang api tu akan diceritakan balik nanti. Yang pasti kereta dah senget sebelah dan pintu kena tukar baru. Sekarang tersadai kat workshop. Dugaaaannnnn..

Tiba-tiba kedengaran suara lelaki kat luar pejabat. Mungkin lelaki itu Si Mamat, pekerja buruh kasar yang datang untuk duduk berehat di kerusi luar pejabat. Kedengaran dia berborak di telefon dengan seseorang. Merayu-rayu, buat tekak saya kembang. Saya berhenti buat kerja dan mencuri dengar.

"Alaa boleh la..sekali je..boleh la...nak try #¥%&# sekali je.. tak tahan ni.. boleh la ek.. bila? huk aloh..cepatlah."

Semakin lama muka saya semakin biru. Apa yang dia nak try? Cis tak guna kau Mamat! Sebentar kemudian lepas dia tamatkan talian, saya buka pintu pejabat dan berdiri di muka pintu. Dia memandang saya dengan muka terkejut, "Eh! Ada orang rupanya. Datang dengan apa?"

Oo..patut la sedap je bercakap lucah merayu-rayu, dia ingatkan tak ada orang dalam pejabat sebab kereta tak ada. Walaupun saya tak ada, Tuhan ada la wey!


Penyalahgunaan teknologi di kalangan anak-anak muda yang membawa kepada kemaksiatan. Kemudian hamil luar nikah..kemudian buang bayi!

P/S : Sekarang saya dah ada kat kampung. Maaf, jika tak sempat nak blogwlking hari ni.

Thanks for reading..
posted from Bloggeroid

No comments: