Saturday 27 July 2013

10 Cara Menghormati suami.

Assalamualaikum.. Saya lihat ramai wanita yang mesra, manja-manja, take care, dan gedik-gedik sebelum kawin sahaja. Tapi lepas kawin semua tu dah ditinggalkan. Dan kemudian salahkan suami kenapa hubungan makin suram, hambar, dan tidak mesa macam dulu. Mestilah kena nampak kesalahan orang lain dulukan? Takkan nak salahkan diri sendiri pula.

Apa-apa hal sepatutnya nilai dulu diri kita. Dimana silap dan permulaan cerita. Balik semula ke tangga pertama. Cuba ingat dan kenang semula. Oh indahnya pertemuan kita.


Jaga adab di depan suami walaupun dia dah jadi suami kita. Sepatutnya lepas kawin kena lebih lagi berbanding sebelum kawin. Tapi ramai yang silap. Mereka fikir sebelum kawin kena tunjuk semua perfect. Bila dah dapat, semua keburukan ditunjukkan. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

10 Cara Menghormati Suami.

1. Hormati penilaian dan kemampuan suami dalam membuat keputusan.

2. Semasa suami bercakap, hendaklah isteri diam dan mendengarnya. Jangan menyampuk atau memotong cakap.

3. Bila suami berhajatkan sesuatu, segeralah tunaikan. Jangan berlengah-lengah kerana khuatir akan menimbulkan kemarahan suami.

4. Prihatin keadaan suami. Sihatkah dia? Ada masalah ke? Penat ke? Rajin-rajinlah mengurut badan suami. Mungkin urutan si isteri boleh meredakan diri suami.

5. Isteri kena peka dalam kebersihan pakaian suami. Kalau baju suami koyak, tolong jahitkan dengan kemas. Baju kerja suami gosok biar kemas dan cantik.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.

7. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

8. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.

9. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

10. Semasa di meja makan, pastikan suami dulu yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Jangan makan sebelum suami makan. Jaga adab ok!

Isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Thanks for reading..

No comments: