Thursday 25 July 2013

Tekaanku Meleset.

Assalamualaikum..Tadi masa tengah berjoging ada sepasang suami isteri sedang berdiri menghadap sungai memerhatikan memerang yang riuh-rendah tengah berasmara. *Waduh-waduh, kok begitu sekali ayatnya? Lelaki tersebut dah terlalu tua. Mungkin juga sebaya dengan ayah. Tapi isterinya dari pandangan belakang, teramatlah muda dengan bentuk badan yang cantik. Ramping, tinggi dan tegak. Wauu..isterikah atau anakkah? Atau bini muda? Wauu muda berjentik you!


Ahh orang zaman sekarang, semuanya tidak mustahil. Kita ingatkan cucu, rupanya bini muda. Kemudian teringat kat ayah. Kalau aku berjalan dengan ayah, orang sangka aku anak atau cucu? Atau pemikiran buruk mereka mengatakan yang aku adalah isteri? Dan lebih jahat lagi mereka memikirkan aku ni anak ikan. Kesian ayahku dituduh sedemikian. Tak pasal-pasal ayah aku dapat pahala free. 

Tak lama kemudian mereka berlalu pergi dan saya sempat memandang perempuan muda tersebut. Alangkah terkejutnya saya kerana perempuan itu ialah seorang perempuan tua tapi masih berbadan tegap dan ramping. Kalau tengok dari belakang memang orang tak syak dia seorang wanita tua! Rasa macam nak berlari pergi mendapatkan makcik tu untuk meminta petua tubuh kekal langsing dan cantik.

Rupa-rupanya dari awal lagi tekaanku meleset sehingga terbawa-bawa kepada bini muda, anak, cucu, dan anak ikan!

Thanks for reading..

No comments: