Tuesday, 10 September 2013

Bila Suami Sibuk, Bagaimana Kehidupan Harian Isteri?

Assalamualaikum.. Sejak akhir-akhir ni Mr.K memang sibuk dengan kerja. Tidur malam pun terganggu dengan deringan telefon. Tahun lepas lagi sibuk kot..pukul 2 pagi baru sampai rumah. Tapi lepas berpindah ke rumah baru, tak bolehlah balik terlalu lewat macam tu. Kena fikir soal keselamatan isteri jugak. Hehe


Ini bukan Mr.K..

Apapun ia tidak menjadi masalah bagi saya walau sesibuk mana pun dia. Pasti ada kerja yang nak dilakukan samaada di rumah atau di luar rumah. Yang penting tugas isteri kena beres ok. Jangan abaikan tugas dan ambik kesempatan bila suami tiada di rumah.

Waktu pagi memang wajib bangun awal untuk masak sarapan, sediakan baju Mr.K dan hantar ke muka pintu. Lepas tu bermulalah tugas lain seperti membersihkan dapur, cuci pakaian, jemur, melipat baju dan sebagainya. Kalau ada tempahan kek, memang tak kemanalah saya. Dari pagi sampai petang memang buat kek je kerjanya. Siap buat kek baru sambung buat kerja-kerja rumah. Masa tu baru boleh duduk sambil blogwalking dan tengok tv . Kaki dah lenguh giler.

Kalau dah seharian berpenat, berdiri, dan berjalan dalam rumah memang tak pergi gym la kan. Tu pun dah turun beberapa gram. Kalau free baru pergi gym start lepas Asar hingga sebelum Maghrib baru balik. Tapi sebelum tu masak dulu siap-siap untuk Mr.k, sebab dia jenis tak suka makanan beli. Banyak ajinomoto dan tak berapa sedap. Bini masak tak sedap pun tak apa, asalkan dapat merasa air tangan isteri sebelum tido. Hihi

Bagi saya ia tetap membahagiakan lebih-lebih lagi bila sekali sekala dapat keluar bersama. Masa tu kita amat menghargai masa bersama. Yang penting sama-sama menghargai kehadiran, mempunyai kepercayaan yang teguh, melakukan tanggungjawab masing-masing, tidak mengongkong dan tidak meminta lebih-lebih. Cukup apa adanya..dan terima seadanya.

Lelaki suka bekerja keras demi kebahagiaan isteri dan anak-anak. Bukan mereka tidak menyanyangi atau lebih pentingkan kerja. Tapi sebenarnya mereka kerja kerana sayangkan kita. So, tolong hargai jasa suami. Jadilah isteri yang menyejukkan hati dan menenangkan jiwa.

Thanks for reading..
posted from Bloggeroid

No comments: