Assalamualaikum.. Majoriti dikalangan kita inginkan wajah awet muda dan kekal cantik menawan macam zaman remaja. Sampai sanggup suntik botox dan buat pembedahan plastik.
Syukur alhamdulillah kerana diri ini memang dah dilahirkan begini. Lambat matang dan terencat tumbesaran! Haha.. Orang lain umur sebaya dah matang giler kot. Tapi diri ini still kebudak-budakan, asyik ketawa je macam tiada masalah dalam hidup.
Umur saya dah 27 tahun ye. Beberapa bulan lagi masuk 28 dah. Ramai jugak la yang terlopong dengar angka tu.. Tu la, jangan baca diri seseorang melalui luarannya saja okay. Tengoklah pengalamannya pula..hehe
Dulu masa belajar kat IPT orang ingatkan budak sekolah lagi. Nampak macam budak hingusan je. Bila dah kerja orang ingat saya masih lagi pelajar sekolah menengah. Ada pakcik tanya, "sekolah tingkatan berapa nak?". "Eh, saya dah kerja pakcik. Dah lama habis belajar."
Sekarang dah jadi isteri orang, 10 tahun dah habis belajar. Tapi mereka masih lagi bertanya, "Belajar kat mana ni?".. "Awak ni student mana?" Ada yang langsung tak percaya bila saya bagitau dah lama kawin, dah lama habis belajar. Kalau bagitau umur lagi mereka tak percaya. Majoriti dari mereka cakap umur saya 20tahun. Waduh!! Muda bangat sih.
Mungkin atas faktor bertubuh kecil dan tak berapa tinggi menyebabkan saya nampak lebih muda dari umur sebenar. Suara dan wajah paling memainkan peranan. Sekali dengar dalam rakaman sebijik suara budak lelaki. Apekehel?
Masalah Bila Berwajah Kebudakan.
Banyak masalahnya.. Orang sangka yang saya dan Mr.k tu pasangan kekasih. Hinggakan makcik taukey kedai bahan kek tu pandang serong kat saya. Sebelum ni memang baik la dengan dia. Suatu hari saya bawak Mr.k sekali sebab banyak barang nak kena angkut. Sebelum ni dia ingatkan saya ni belum kawin lagi. Tiba-tiba bawak pakwe mesra gedik-gedik depan dia. Haha..Bila dijelaskan baru dia ok. "Laa ingatkan tak kawin lagi, nampak macam budak-budak lagi." Dia kata saya budak-budak?
Masalah kedua, ramai budak lelaki hingusan nak mengorat la pulak. Keluar kemana-mana sorang-sorang memang harus kena kacau. Masa kerja dulu anak bos minat giler kat saya. Umur dia muda setahun. Dah bagitau umur pun dia nak jugak. Tiba-tiba saya bagi kad kawin, frust tertonggeng budak tu..haha.. Pengalaman putus cinta sekali je, tapi banyak membuatkan orang lain frust. Termasuk kawan abang sendiri. Apapun, saya tak pernah beri harapan kat mereka. Saya dah berpunya okay!
Hmm..apapun, memiliki wajah awet muda tiada nilainya kalau suruhan Allah tak terlaksana, perangai tak dijaga, hati busuk macam kerang, pakaian mengalahkan budak-budak. Jadilah yang terbaik dan jaga tatasusila sebagai isteri. :))
#Siapa kat sini lahir tahun 1986? Perkenal diri sket.
No comments:
Post a Comment